33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Kemelesetan ekonomi bertambah buruk akibat PKPB

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kemelesetan ekonomi yang melanda negara ini menjadi lebih teruk pada suku keempat tahun lalu didakwa berpunca daripada pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Oktober.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara itu dinyatakan dalam laporan ekonomi Bank Negara Malaysia (BNM) suku keempat 2020.

“Sebab itu ekonomi menyusut lebih laju pada suku 4 dan mengakibatkan sasaran KDNK dalam bajet 2020/2021 tidak tercapai,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Secara terperinci, beliau menyatakan:

  • Suku 2, 2020 (MCO 1.0 yang ketat): negatif 17.1 peratus
  • Suku 3, 2020 (PKP Pemulihan yang lebih longgar): negatif 2.6 peratus
  • Suku 4, 2020 (PKPB yang longgar): negatif 3.4 peratus
  • Suku 1, 2021 (PKP2.0 setengah masak + Darurat): Agak-agak negatif berapa?

Najib menambah, selain pelaburan asing yang jatuh teruk sehingga menjadi paling rendah dalam ASEAN dan pelaksanaan PKP 2.0, tiga lagi cabaran dalam laporan BNM yang perlu dihadapi kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar keadaan tidak bertambah teruk dan terus menjerumuskan negara dalam kancah kemelesetan ekonomi adalah:

Pembentukan Modal Tetap Kasar (PMTK) atau Gross Fixed Capital Formation yang jatuh menjunam selepas PRU-14 dan menjadi negatif sejak suku pertama tahun 2019 sehingga kini.

PMTK ini merangkumi segala jenis pelaburan dan pembentukan modal dalam negara termasuk pelabur tempatan. Ia memainkan peranan yang paling signifikan dalam menjana pertumbuhan negara dan pekerjaan baru pada masa akan datang.

Jika negatif berpanjangan maka ekonomi akan semakin perlahan bagi tahun-tahun mendatang dan pekerjaan baharu yang mencukupi tidak dapat dijana untuk memenuhi permintaan ratusan ribu graduan baru dan anak-anak muda yang masuk ke pasaran pekerjaan setiap tahun.
Baca ini: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157694204625952

Inflasi tahun 2021:
Inflasi adalah negatif tahun lepas sebab diskaun bagi elektrik diberi, harga petrol yang jatuh ke sekitar RM1.30 tahun lepas dan permintaan domestik menjadi lemah.

Tetapi diskaun elektrik ini sudah ditarik balik dan harga petrol telah beransur naik semula ke RM1.96

Perubahan besar dua kos asas ini tentu akan memberi impak kepada perubahan kadar inflasi.

Ini bahaya pada keadaan pendapatan bulanan rakyat masih tertekan akibat pandemik COVID-19.

(Bulan Mac lalu, saya pernah saran kerajaan wujudkan harga lantai bagi harga petrol pada RM1.50 agar naik-turun harga petrol tidak begitu besar dan cukai yang dikutip masa itu boleh diguna untuk stabilkan harga petrol yang sudah tentu akan naik semula. Namun kerajaan tak pilih buat harga lantai tetapi cukai tersembunyi 10 peratus dikenakan masa itu).

Pekerjaan baharu untuk mengganti pekerjaan yang hilang:

Mengikut laporan BNM, hanya 43 daripada setiap 100 orang yang hilang kerja tahun lepas berjaya mencari pekerjaan baharu. (Sektor yang berkait pelancongan lagi teruk. Hanya 28 daripada setiap 100 orang berjaya dapat kerja baharu).

Mungkin kerajaan boleh pertimbangkan lagi cadangan saya masa perbahasan Bajet 2021 agar satu skim pinjaman upskilling/reskilling ala-PTPTN diwujudkan bagi pekerja sektor-sektor yang paling lambat memulih seperti sektor pelancongan dan pekerjaan.

Terpulanglah kepada kerajaan PN sama ada ingin mempertimbangkan cadangan-cadangan bagi menangani kemelesetan ekonomi yang dikemukakan oleh Bossku itu. – EDISI 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan