25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Suami isteri mahu miliki 105 anak melalui kaedah ibu tumpang

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9

RAGAM manusia sememangnya aneh, yang ada anak dera anak, yang tidak ada anak berusaha dapatkan anak, yang ‘termengandung’ sanggup buang anak.

Namun kisah seorang wanita dari Rusia mungkin boleh menjadikan inspirasi kepada kaum wanita betapa nikmatnya memiliki anak apatah lagi dalam jumlah yang ramai.

Begitulah dengan isteri seorang jutawan, Christina Ozturk, 23 di Rusia.

Walaupun sudah membesarkan 10 anak kandungnya, dia kini berharap mahu memiliki lebih ramai anak melalui kaedah ibu tumpang.

Ternyata Christina begitu mencintai kehidupan berkeluarga yang dilayari bersama suaminya berasal dari Turki, Galip Ozturk, 56 memandangkan lelaki itu bersedia menghabiskan 800,000 poundsterling (RM4.47 juta) untuk memiliki anak melalui kaedah tersebut.

“Saya melahirkan Vika enam tahun lalu, anak-anak lainnya secara genetik adalah milik kami daripada saya dan suami tetapi dikandung oleh ibu tumpang.”

Melalui media sosial, pasangan itu menyatakan mereka telah membincangkan untuk memiliki 105 orang anak tetapi itu hanya cakap-cakap sahaja.

Christina Ozturk bersama anak-anaknya. – Agensi

“Saya tidak tahu berapa ramai mereka pada akhirnya, tapi kami pasti tidak bercadang untuk berhenti (setakat 10 orang anak). Kami hanya akan bersedia bercakap mengenai jumlah terakhir apabila tiba waktunya,’’ katanya seperti dilaporkan oleh media-media di Eropah.

Advertisements

Pasangan suami isteri itu tinggal di pinggir bandar Batumi, Georgia yang membenarkan kaedah ibu tumpang dengan kadar bayaran 8,000 euro (RM40,000).

Christina yang dilahirkan di Moscow adalah ibu tunggal sebelum bertemu dengan suaminya seorang ahli perniagaan hartanah dan pengangkutan ketika bercuti.

“Klinik di Batumi memilih ibu tumpang untuk kami dan wanita itu bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengandung hingga bersalin. Kami secara pribadi tidak kenal siapa ibu tumpang serta tidak pernah menghubunginya.

“Ia bertujuan bagi mengelakkan wujudnya sebarang masalah selepas bersalin,” katanya.

Bagaimanapun Christina sentiasa mengambil berat soal kesihatan ibu tumpang seperti pemakanan dan diet mereka.

Oleh kerana wang bukanlah masalah, pasangan tersebut akan dapat mencapai impian mereka memiliki anak paling ramai di dunia.

Tetapi disebabkan hanya boleh memiliki lima bayi melalui ibu tumpang, sudah tentu mereka memerlukan hampir 20 tahun bagi mencapai impian memiliki 105 anak. – Agensi

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan