26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 30, 2022

Malaysia terima vaksin Ahad, PM minta rakyat tak ambil mudah

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta orang ramai tidak mengambil mudah Program Imunisasi Covid-19 yang dilancarkan beliau hari ini.

Ia kerana kata Perdana Menteri, vaksinasi amat penting untuk melindungi bukan sahaja diri sendiri, tetapi juga ahli keluarga, rakan kerja, jiran sekeliling dan seluruh komuniti.

Sambil memaklumkan Malaysia akan menerima vaksin Pfizer-BioTech pada 21 Februari ini dan beliau akan mengambil suntikan fasa pertama yang bermula 26 Februari bersama petugas hadapan, Muhyiddin berkata, apabila tiba masanya, mereka jangan berlengah untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin.

“Ingatkan saudara-mara dan rakan-rakan untuk turut serta. Pastikan kita hadir pada waktu yang telah ditetapkan, untuk dos pertama dan juga dos kedua, kerana apabila diri kita dilindungi, kita juga dapat melindungi yang lain terutama orang yang disayangi.

”Ringkasnya, Inilah juga maksud slogan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang saya perkenalkan secara rasmi hari ini, iaitu Lindung Diri, Lindung Semua,” katanya.

Baca juga:   Chang Khim biadab, patut malu dengan diri sendiri

Selain Muhyiddin dan barisan hadapan, turut akan menerima suntikan pada fasa pertama ialah Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.

Muhyiddin berkata, apabila Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berjaya dilaksanakan, impak positif akan mula dirasai.

“Pelbagai sektor ekonomi akan dibuka semula, seperti pelancongan. Kita boleh saling ziarah-menziarahi, aktiviti bersukan juga boleh kita amalkan, tetapi dengan mengamalkan norma baharu.

Baca juga:   Pergerakan tanah, runtuhan kecil dikesan

”Inilah yang saya maksudkan apabila saya katakan bahawa vaksin COVID-19 adalah antara sinar harapan kita yang paling utama untuk kita menang dalam perang melawan COVID-19.

”Pastinya, satu lembaran baru bakal terbuka dengan bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada penghujung bulan ini,” katanya.

Beliau memberitahu, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mengandungi tiga fasa. Fasa pertama akan melibatkan petugas barisan hadapan, bermula pada 26 Februari sehingga April 2021.

Fasa kedua pula kata Perdana Menteri akan bermula pada bulan April sehingga Ogos 2021 dan akan melibatkan kumpulan yang berisiko tinggi, manakala Fasa Ketiga akan melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, bermula dari Mei 2021 sehingga Februari 2022.

“Program imunisasi menyeluruh ini adalah untuk memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk di dalam komuniti agar dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 dan akhirnya dapat menamatkan pandemik COVID-19,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Tubuh jawatankuasa Kabinet tangani harga barang - Muhyiddin

Terkini

Tajuddin tak layak jadi duta, elok berehat – Pemuda UMNO

TINDAK-TANDUK Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang menyelar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sangat tidak wajar apatah...

Lagi Artikel Berkaitan