34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Apa masalah dengan pengucapan ‘doubt’ Rina Harun?

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

WAH, seronok menegur pengucapan bahasa Inggeris orang kita tetapi tidak pula menegur orang Malaysia yang masih tak menguasai bahasa kebangsaan walaupun lahir dan membesar di negara ini!

Itulah antara teguran netizen kepada seorang selebriti gara-gara memperbetulkan ucapan ‘doubt’ oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Haa… jangan main-main dengan menteri yang sudah kurus dan semakin berseri yang satu ini.

Dua hari lepas seorang Ahli Parlimen dah kena ‘serang’ oleh netizen kerana menuduh Rina tak buat kerja sehingga ada wanita kena mengurat oleh anggota polis.

Mengurat saja pun nak salahkan menteri! Kita tak tahu entah-entah mereka bertemu jodoh nanti, kata mereka.

Semalam selebriti berkenaan menegur pengucapan Rina semasa Ahli Parlimen Titiwangsa itu berucap dalam Persidangan Suruhanjaya Pembangunan Sosial, Bangsa-bangsa Bersatu Ke-59 (CSOCD59).

Menerusi ciapan di twitternya, penyanyi dan pengacara itu berkata, sebutan sebenar ‘doubt‘ (keraguan) ialah hilangkan bunyi ‘b’ bukan dup, daob di ‘b’ tetapi d-out.

Penulis tak nafikan apa yang diperbetulkan selebriti itu tetapi apa yang dikesal ialah cara beliau menegur menerusi media sosial. Nak cari publisiti ke apa ni?

Kita kena ingat bahasa Inggeris bukan bahasa ibunda kita dan bukannya bahasa kebangsaan. Lagi pun Rina bukan sedang menduduki peperiksaan MUET sehingga perlu menyebut dengan betul.

Malah penulis percaya setiap bangsa di dunia ini menggunakan bahasa Inggeris mengikut cara masing-masing dan ia sudah diterima masyarakat dunia.

Sebab itulah munculnya Manglish iaitu pengucapan bahasa Inggeris ala-Melayu, atau Singlish (Inggeris Singapura). Malahan pengucapan Inggeris orang England dengan Amerika juga berbeza.

Malam tadi penulis menonton sebuah filem Sweden di Netflix yang mana pelakonnya menyebut david sebagai ‘dovid’ manakala boris sebagai ‘buris’.

Kalau mengikut acuan selebriti tersebut sudah tentu pengucapan Inggeris pelakon tersebut tidak tepat atau salah dan perlu diperbetulkan.

Seingat penulis yang sempat belajar asas lingustik di universiti, bahasa sebetulnya berasal dari bunyi yang difahami. Maknanya macam mana sekali bunyinya asalkan difahami itulah bahasa.

Malah kalau siapa pernah tengok filem The Gods Must Be Crazy tentu ingat bahasa yang digunakan oleh watak dalam N’xau filem ini yang hanya berdecit macam cicak.

Tapi itulah bahasa suku San Namibia di Afrika itu dan ia difahami oleh suku mereka.

Jadi sama ada sebutan doubt itu ‘doub‘, ‘dout’ atau ‘dauk’ sekali pun asalkan ia difahami sudah memadai.

Bagi penulis, lebih baik kita memperbetulkan pengucapan bahasa kebangsaan kita, bahasa Melayu daripada sibuk nak perbetulkan bahasa asing yang diucap.

Bolehkah selebriti berkenaan berucap dalam bahasa Melayu dengan tatabahasa yang tepat, sebutan yang betul sepanjang menjadi pengacara satu-satu program? Tak kan?

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan