25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 9, 2023

Tiger Woods cedera terlibat kemalangan di California

Mesti Baca


JABATAN Sherif Los Angeles terpaksa menggunakan peralatan jaws of life bagi mengeluarkan pemain golf Tiger Woods yang terperangkap dalam keretanya selepas terlibat dalam kemalangan di California.

Wood kini yang dirawat di Harbor-UNCLA Medical Center di Los Angeles sudahpun menjalani pembedahan di kakinya.

Reuters melaporkan Woods, 45 tahun yang ketika itu memandu kereta sport utility vehicle (SUV) terlibat dalam nahas kira-kira pukul 7.12 pagi (waktu tempatan).

“Woods terbabit dalam satu kemalangan kereta pagi ini di California di mana dia mengalami beberapa kecederaan di kaki. Beliau kini melalui pembedahan dan kami ucapkan terima kasih atas privasi dan sokongan anda,” kata ejen beliau, Daniel Rapaport, dalam satu kenyataan.

TIGER WOODS

Klip Video dalam kejadian berhampiran komuniti pinggir bandar Rolling Hills Estates dan Rancho Palos Verdes menunjukkan SUV milik Woods dalam keadaan terbalik di sisi, dengan bahagian depannya rosak teruk dan dikelilingi serpihan.

Woods yang ketika kemalangan itu memandu bersendirian dalam perjalanan ke Rolling Hills Country Club bagi menjalani rakaman bersama GolfTV untuk hari kedua.

Beliau pernah ditahan pada tahun 2017 kerana selepas terlibat kemalangan ketika memandu dalam keadaan mabuk berhampiran rumahnya. – Agensi

Baca juga:   Belum dapat ilham untuk bubar Parlimen - Ismail Sabri

Wartawan

Terkini

Musim meroyan dalam kalangan bekas pemimpin UMNO

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi secara sindiran mengatakan musim meroyan dapat dilihat berlaku...

Lagi Artikel Berkaitan