24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Stadium Sultan Ibrahim dicalonkan untuk ‘Stadium Of The Year’

Mesti Baca

JOHOR BAHRU – Stadium Sultan Ibrahim yang juga gelanggang rasmi kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) tersenarai antara 10 stadium bola sepak tebaik dunia anjuran sebuah laman web Eropah.

Stadium dengan kapasiti 35,000 tempat duduk dan siap dibina pada awal tahun lalu menjadi satu-satunya stadium dari Malaysia yang pernah tersenarai dalam StadiumDB.com.

Stadium Sultan Ibrahim bakal bersaing dengan 19 lagi stadium yang ada di seluruh dunia termasuk lima stadium dari negara Asia lain iaitu masing-masing dua dari Qatar dan Jepun serta satu lagi dari China.

Stadium-stadium itu ialah Ahmed bin Ali Stadium dan Education City Stadium dari Qatar, Sanga Stadium by Kyocera dan Kanseki Stadium Tochigi dari Jepun serta Xi’an OSC Stadium dari China.

Lain-lain stadium yang turut tersenarai ialah Alleginat Stadium, Inter Miami CF Stadium, SoFi Stadium dan Lynn Family Stadium (AS), Batumi Stadium (Georgia) dan Bloomfield Stadium (Israel).

Advertisements
STADIUM SULTAN IBRAHIM

Turut tersenarai ialah Brentford Community Stadium (England), Gursel Aksel Stadyumu dan Corum Sehir Stadyumu (Turki), Estadio Tierra de Campeones (Chile), Queensland Country Bank Stadium (Australia), Stade de la Tuiliere (Switzerland), Stade National de la Cote d’Icoire (Ivory Coast) dan Stadionul Francisc von Neuman (Romania).

Pemilihan Stadium Of The Year dibuat berdasarkan jumlah bintang yang dikumpul hasil undian orang ramai menerusi laman web tersebut.

Daripada 20 stadium yang disenaraikan, lima stadium akan dipilih. Undian akan berakhir pada 7 Mac 2021.

Jom, beri sokongan anda sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi Stadium Sultan Ibrahim untuk memenangi anugerah Stadium Of The Year! – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan