24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Seronok boleh makan di restoran mamak tapi jangan lupa SOP

Mesti Baca


“OK bro, kita pekena teh tarik kat kedai mamak” – sudah pasti lepas ni ayat seperti itu akan kembali popular apabila kerajaan membenarkan makan di restoran dengan terhad satu meja dua orang.

‘Kedai mamak’ adalah panggilan popular untuk restoran India muslim – lokasi paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Teh tarik, roti canai, tosai, capati, roti nan, ayam tandori – antara menu menyelerakan di restoran tersebut. Ia juga adalah lokasi paling menjadi pilihan kalau kita mahu melepak bersama kawan-kawan.

Suasana riuh rendah juga antara keunikan restoran tersebut. Tetapi dalam tempoh hampir sebulan, semua itu bagaikan lenyap apabila PKP dilaksanakan.

Namun hari ini, suasana di restoran mamak akan berubah, kembali meriah, teh tarik boleh dinikmati dalam gelas bukan dibungkus, roti canai boleh dijamah di dalam pinggan plastik seperti biasa.

Bagaimanapun orang ramai perlu ingat, tanggungjawab mereka menjaga SOP. Soal ini bukan tanggungjawab pemilik restoran sahaja. Jadi janganlah ada yang berdegil. Kerajaan dah tetap satu meja dua orang, jangan dok gatal-gatal nak ‘seret’ (sambung) meja untuk lepak ramai-ramai.

Penulis geram tengok sesetengah pelanggan restoran yang cuba tunjuk keras kepala apabila tak mahu patuhi SOP. Dah lepak ramai-ramai, hisap rokok lepas tu tak jaga jarak, bila pekerja restoran tegur siap melenting lagi.

“Dah lama dah aku bagi rezeki kat restoran ni, tak kan hisap rokok tak boleh” – ini antara dialog yang pernah penulis dengar di sebuah restoran.

Advertisements

Puncanya apabila pekerja premis menegur sekumpulan lelaki duduk beramai-ramai sambil hisap rokok. ‘Spesis’ macam ni lah akhirnya akan menyusahkan semua orang.

Diharapkan kali ini adegan seumpama itu tidak berlaku lagi. Kerajaan beri kebenaran kerana tidak mahu pendapatan pemilik restoran atau warung makan terus terjejas, kita harus hargainya. Bukan susah sangatpun, patuhi sahaja SOP.

Jika ada mana-mana individu berdegil pihak berkuasa ambil tindakan tegas, pemilik restoran halau sahaja kelompok macam tu tak rugipun, sebab mereka akan menyusahkan semua orang.

Bayangkan jika kerajaan terpaksa menutup sekali lagi semua restoran di premis terlibat, siapa yang akan menanggung akibatnya. Janganlah penting diri sendiri.

Kalau rasa nak lepak ikut suka, tak mahu ikut SOP, lepak sahaja di rumah sendiri, tak ada sapa nak kacau, habis tinggi pun isteri saja bising sebab hisap rokok.

Oleh itu penulis berharap orang ramai khususnya mereka pencinta restoran mamak, sama-samalah kita jaga SOP. Kalau nampak ada yang berdegil rakam aje gambar lepas tu tularkan dalam media sosial, biar mereka tahu sikit langit tinggi rendah.

Semoga kita semua patuhi SOP supaya lokasi popular rakyat Malaysia itu tidak terjejas. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan