24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Perak catat kes positif tertinggi, pekerja asing paling ramai

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Buat julung-julung kalinya, Perak mengatasi Selangor dari segi jumlah jangkitan harian COVID-19 di negara ini.

Sebanyak 1,215 kes baharu dicatatkan di Perak hari ini berbanding 868 kes di Selangor manakala Johor pula merekodkan 431 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan kes mendadak di Perak adalah disebabkan oleh pengesanan aktif daripada Kluster Jalan Changkat Jong.

Menurut beliau, kluster itu diumumkan pada 18 Februari 2021 dan dikenal pasti hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan pekerja-pekerja di kilang yang terletak di Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, Perak.

“Hari ini sahaja ada 1, 046 kes baharu dilaporkan iaitu 1,036 kes adalah pekerja kilang dan 10 kes kontak rapat keluarga.

“Jumlah keseluruhan kes dalam kluster sehingga 21 Februari 2021 adalah 1,242 kes,” jelasnya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Perak

Dr Noor Hisham menambah, daripada 1,046 kes positif hari ini, 1,036 kes adalah pekerja iaitu 1,029 warga asing dan tujuh rakyat tempatan, manakala 10 kes lagi merupakan kontak rapat keluarga pekerja rakyat tempatan.

Beliau memberitahu, tindakan bersasar telah di jalankan iaitu penutupan kilang sejak Selasa lepas.

“Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dijalankan ke atas asrama, kilang dan tapak binaan kilang tersebut di Hilir Perak, Perak,” jelasnya.

Selain itu, jumlah keseluruhan kes baharu COVID-19 di Malaysia kembali melepasi angka 3,000 hari ini.

Butiran situasi COVID-19 di negara ini adalah seperti berikut:

Jumlah kes sembuh baru: 4,456 kes

Jumlah kumulatif kes sembuh: 249,209 kes (87.88 peratus)

Jumlah kes baharu COVID-19: 3,297 kes

Jumlah kumulatif: 283,569 kes

Jumlah kes aktif: 33,304 kes

Kes tempatan: 3,291 kes (1,402 rakyat tempatan, 1,889 warga asing)

Kes import: 6 kes (5 rakyat tempatan, 1 warga asing)

Jumlah kematian baru: 5 kes

Jumlah kumulatif kematian: 1,056 kes (0.37 peratus)

Jumlah kes di unit rawatan rapi (ICU): 209 kes

Pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan: 91 kes.

Kes positif 3,297 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 21 Februari 2021 adalah seperti berikut:

Perak: 1,215 kes
1,187 kes daripada kluster-kluster sedia ada, termasuk 1,046 kes daripada Kluster Jalan Changkat Jong;
16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Selangor: 868 kes
339 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
456 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Empat (4) kes import dari luar negara; dan
69 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Johor: 431 kes
260 kes daripada kluster-kluster, termasuk 103 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Cemerlang Besi, Kluster Persiaran Cemerlang, Kluster Jalan Kelapa Mawar, Kluster Jalan Kota Kulai, dan Kluster Jalan Pandan Ria;
93 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
77 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sarawak: 185 kes
47 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
95 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
43 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pulau Pinang: 127 kes
54 kes daripada kluster-kluster, termasuk 20 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Perusahaan Baru;
25 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
48 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Advertisements

Kuala Lumpur: 123 kes
Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
64 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
51 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Negeri Sembilan: 122 kes
63 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
33 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
26 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sabah: 85 kes
15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
45 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
25 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Melaka: 65 kes
54 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kelantan: 30 kes
23 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kedah: 15 kes
Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Terengganu: 12 kes
Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Pahang: Sembilan (9) kes
Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Putrajaya: Tujuh (7) kes
Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Labuan: Tiga (3) kes
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing dua kes di Selangor dan Terengganu, serta satu kes di Kuala Lumpur.

Sebanyak empat kes kematian melibatkan rakyat tempatan dan satu kes warga asing.

Perak

Sebanyak 124 kes (3.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (50 kes), Kluster Tembok Bendera (42 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (18 kes), Kluster Telok Mas (5 kes), Kluster Penjara Sungai Jelok (5 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (2 kes), dan Kluster DTI Sepang 2 (2 kes).

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 21 Februari 2021:

Jumlah kluster: 1,074 kluster

Jumlah kluster baharu: 6 kluster

Jumlah kluster yang telah tamat: 564 kluster (termasuk enam kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Mikro, Kluster Tasik Utama, Kluster Titian, Kluster Tapak Bina Jalan Wangsa, Kluster Kota Road, dan Kluster Tanjung Lumpur)

Jumlah kluster aktif: 510 kluster

Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini: 82 kluster

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Changkat Jong (1,046 kes), Kluster Industri Selesa (171 kes) dan Kluster Tanjung Suria (97 kes).

Terdapat enam kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini dan kesemuanya adalah berkaitan tempat kerja:

KLUSTER JALAN KOTA KULAI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Kota Kulai, Kulai. Sehingga 21 Februari 2021, sejumlah 89 individu telah disaring, di mana 31 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN CEMERLANG BESI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Cemerlang, Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru. Sehingga 21 Februari 2021, sejumlah 83 individu telah disaring, di mana 31 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN KELAPA MAWAR
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Kluang, Batu Pahat. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja-pekerja yang terletak di Jalan Kelapa Mawar, Taman Soga, Batu Pahat. Sehingga 21 Februari 2021, sejumlah 91 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN PANDAN RIA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat pembersihan yang bekerja di Jalan Kangkar, Johor Bahru. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja-pekerja tersebut yang terletak di Jalan Pandan Ria, Pandan, Johor Bahru. Sehingga 21 Februari 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN PERSIARAN CEMERLANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Persiaran Cemerlang, Taman Perindustrian Cemerlang, Johor Bahru. Sehingga 21 Februari 2021, sejumlah 131 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER PERUSAHAAN BARU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Lorong Perusahaan Baru, Kawasan Perusahaan Perai 3, Seberang Perai Tengah. Sehingga 21 Februari 2021, sejumlah 213 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan