31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Pengisytiharan Bandar Raya Kuantan bawa kesan positif – PM

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengiringi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada majlis pemasyhuran Kuantan sebagai bandar raya.

Dalam satu kenyataan, beliau yakin perubahan status bandar Kuantan tentunya akan membawa banyak kesan positif kepada penduduk dalam pelbagai segmen ia seperti kemudahan infrastruktur memandangkan ia merupakan sebahagian daripada keperluan untuk menjadi bandar raya.

“Walaupun dilangsungkan dalam skala sederhana bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk membendung wabak COVID-19, saya yakin majlis bersejarah ini akan diingati dan dibanggakan oleh segenap lapisan rakyat Pahang,” katanya.

Al-Sultan Abdullah turut berkenan merasmikan Kompleks Bandar Raya Kuantan di Kompleks Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Kuantan, Pahang.

Turut mencemar duli ke majlis bersejarah itu adalah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah.

Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Baca juga:   Merdeka 118, menara ikonik masa depan - PM
HAMDAN HUSSIN

Majlis turut menyaksikan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Hamdan Hussin dilantik dan mengangkat sumpah selaku Datuk Bandar Kuantan yang pertama.

Muhyiddin berharap, Hamdan akan bekerja dengan penuh tekun demi memacu kemajuan Kuantan agar berada sebaris dengan bandar raya lain di negara ini.

Baca juga:   Scotland lakar kejutan tundukkan Sepanyol

“Ia sekaligus memberi impak positif kepada negeri dan rakyat Pahang dalam pelbagai aspek,” katanya.

Majlis Pemasyhuran Bandaraya Kuantan diadakan susulan kelulusan diberi Kerajaan Persekutuan menerusi mesyuarat Kabinet pada 8 Mei 2019 dan pemilihan 21 Februari dibuat selepas beberapa kali ditunda berikutan pelbagai faktor termasuk COVID-19.

Kuantan bertukar status dari bandar kepada perbandaran pada 1 September 1979. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

PH-UMNO gagal faham kesusahan rakyat – Wan Saiful

AHLI politik Perikatan Nasional (PN), Datuk Wan Saiful Wan Jan menzahirkan perasaan sedih beliau apabila Kerajaan Pakatan Harapan -...

Lagi Artikel Berkaitan