26.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Tiga fasa Program Imunisasi Covid bermula Rabu – PM

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin bersyukur berikutan ketibaaan kumpulan pertama bekalan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Perdana Menteri berkata, Malaysia akan mula melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada 24 Februari 2021 melalui tiga fasa iaitu:

A) Fasa 1 (Februari – April 2021): untuk kumpulan petugas barisan hadapan melibatkan 500,000 orang.

B) Fasa 2 (April – Ogos 2021): untuk kumpulan warga emas berumur 65 tahun ke atas dan golongan berisiko tinggi serta OKU melibatkan 9.4 juta orang; dan

C) Fasa 3 (Mei 2021 – Februari 2022): untuk penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas (warganegara dan bukan warganegara) dengan sasaran lebih 13.7 juta orang.

Advertisements

‘’Bagi mereka yang diklasifikasikan dalam fasa 2 dan 3, saya harap anda boleh bersabar dan terus menyokong usaha kerajaan untuk melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini sementara proses pemberian vaksin untuk kumpulan fasa 1 dilakukan,’’ katanya dalam kenyataan di Facebook beliau, hari ini.

Muhyiddin seterusnya berharap mereka yang layak diberikan suntikan vaksin mendaftar apabila pendaftaran dibuka dalam waktu yang terdekat dan mendapatkan suntikan vaksin masing-masing seperti yang dijadualkan.

‘’Vaksinasi ini amat penting untuk kita semua bagi membentuk imuniti berkelompok (herd immunity) dengan memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk dewasa di Malaysia menerima vaksin.

”Ini secara langsung dapat membendung penularan jangkitan COVID-19 ini daripada menjadi lebih teruk,’’ katanya.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin dan semua pihak serta agensi yang terlibat, khususnya Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pengangkutan, dan Malaysia Airlines Berhad yang memastikan bekalan vaksin selamat tiba di Malaysia. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tiga wanita antara terkorban nahas helikopter TLDM di Lumut

TIGA wanita yang menjadi penumpang helikopter HOM antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan