29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Keputusan ‘flip-flop’ KPM sangat menyusahkan

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Memang ramai ibu bapa yang pening dengan pengumuman flip flop oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin baru-baru ini bahawa sekolah akan dibuka semula secara berperingkat mulai 1 Mac.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menganggap keputusan sela menyela atau flip-flop oleh Kementerian Pendidikan itu sangat menyusahkan pelajar, ibu bapa dan guru.

“Kebanyakan ibu bapa telah bergolok bergadai untuk membelikan pelbagai peranti digital bagi pembelajaran secara online.

“Semua ini sangat membebankan kepada mereka yang berpendapatan rendah dan mempunyai keluarga yang besar,” katanya melalui Facebook.

Beliau menambah, kerajaan pula baru sahaja melancarkan DidikTV bagi maksud menjayakan mod pengajaran dan pembelajaran di rumah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu berkata, semua perkembangan itu menghantar isyarat yang sangat mengelirukan tentang ke mana hala tuju sebenar mod pendidikan digital Kementerian Pendidikan.

Beliau memberitahu, Kementerian Pendidikan sewajarnya memperkasakan pembelajaran digital sementara negara pulih sepenuhnya dari wabak COVID-19.

“Mengambil kira segala kemungkinan dan kemampuan kita menanggani dampak wabak ini sebelum membuat keputusan membuka semula sekolah adalah sangat mustahak.

“Pendidikan anak-anak kita adalah urusan penting yang tidak boleh terhenti dan menjadi kucar-kacir dengan keputusan secara sela menyela sebegini,” tegasnya.

Advertisements

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berharap Mohd Radzi selepas ini dapat rancang sesuatu polisi dengan rapi dan teliti sebelum membuat apa-apa keputusan.

Beliau berkata, sudah banyak kali buat keputusan polisi secara flip-flop dan dilihat tergesa-gesa hingga menyusahkan rakyat.

flip flop
ASYRAF WAJDI DUSUKI

Menurut Asyraf, secara umumnya bukan rakyat tidak setuju sekolah dibuka.

“Ya, banyak boleh selesaikan isu dan kekangan yang dihadapi majoriti rakyat yang tiada akses kepada internet yang sempurna, kekangan soal gajet, tablet atau alat peranti jika PdPR hendak diteruskan.

“Rakyat juga keliru dan menerima mesej yang salah apabila dibuat pelancaran DidikTV untuk memperkasa PdPR? Diambil alih ‘Takeover’ saluran NTV7 untuk buat TV pendidikan?

“Rakyat bertanggapan PdPR akan lebih lama lagi, menyebabkan ramai yang bergolak-gadai dengan segala cara termasuk berhutang dengan ah long untuk membeli gajet buat pendidikan anak-anak.

“Ingatlah! Bukan semua rakyat yang senang ketika ini dengan ramai yang dibuang kerja, hilang punca pendapatan, malah tiada sumber pendapatan tambahan dalam suasana pandemik ketika ini,” katanya melalui Facebook.

Beliau turut mempersoalkan mengapa sekolah rendah mula dibuka pada 1 Mac sedangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tiga negeri hanya berakhir pada 4 Mac. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan