30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

TMJ berjiwa prihatin, utamakan kesejahteraan rakyat

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

SIFAT prihatin Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Tunku Ibrahim sentiasa menjadi bualan dalam kalangan rakyat jelata.

Sememangnya, baginda amat menitikberatkan soal kebajikan rakyat terutamanya golongan yang mengalami kesusahan dan amat memerlukan.

Lebih-lebih lagi, dalam situasi pandemik COVID-19 serta bencana banjir yang menyebabkan ramai rakyat termasuk di Johor terjejas dari segi pendapatan.

Tunku Ismail tidak keberatan mencemar duli melihat sendiri keadaan rakyat melihat keadaan rakyat jelata yang menghadapi bencana banjir di beberapa daerah di Johor awal bulan lalu.

Baginda tidak turun padang dengan tangan kosong, malah turut mengurniakan barangan keperluan harian bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir.

prihatin
Setiap kali Tunku Ismail menziarahi golongan memerlukan, pasti ada buah tangan yang dikurniakan kepada mereka. Gambar: Facebook HRH Crown Prince of Johor

Kurniaan itu membuktikan Tunku Ismail sentiasa prihatin dengan masalah yang dihadapi rakyat Johor.

Baru-baru ini, Tunku Mahkota Johor mengurniakan sumbangan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layang Layang, Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk disalurkan kepada keluarga-keluarga dan golongan yang terkesan.

prihatin
Tunku Ismail mengurniakan sumbangan kepada Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk disalurkan kepada rakyat jelata yang terkesan.

Malah, sifat pemurah dan prihatin baginda melangkaui garis sempadan negeri, tidak terhad sekadar di Johor sahaja.

Tunku Ismail telah mengurniakan sebanyak RM200,000 bagi membantu misi kebajian Ustaz Ebit Liew.

Advertisements

Seperti yang dinyatakan oleh Ustaz Ebit, baginda juga berkenan menaja semua ahli pasukkannya untuk menunaikan umrah.

prihatin
Tunku Ismail mengurniakan sumbangan kepada Ustaz Ebit Lew baru-baru ini.

“Ya Allah TMJ sangat baik. Tunku kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh Malaysia.

“Tadi panjang berbual berbincang bagaimana nak bantu orang susah dan menjaga agama Islam. Mendidik anak muda. Naikkan institusi pendidikan.

“Saya malu sangat. Serius terharu terkesan akhlak dan sifat TMJ. Bayangkan dilayan macam kawan jer. Sedangkan saya cuma orang biasa.

“Dari awal lagi masa beri bantuan Tunku selalu beri semangat pada saya. Kami selalu bermesej juga.

“Kata beliau paling berharga, ustaz teruskan kebaikan ini walau orang tak suka. Kita hidup bukan untuk popular tapi berjaya. Bantu rakyat. Sedangkan usaha saya ini amat kecil dibandingkan usaha TMJ.

“Menjunjung kasih Tunku. Insya-Allah Tuanku offer untuk membantu segala misi saya di masa akan datang. Ya Allah kurniakanlah rahmat kesihatan buat Tuanku agar terus memimpin kami,” kata Ustaz Ebit.

Sepanjang 2019 dan 2020, baginda mengurniakan sumbangan bernilai lebih RM2 juta kepada pejabat-pejabat daerah sekitar Johor yang seterusnya disalurkan kepada masjid-masjid, pertubuhan-pertubuhan kebajikan, anak yatim dan golongan memerlukan.

Sememangnya, rakyat jelata khususnya di Johor amat menghargai segala sumbangan dan bantuan yang dikurniakan oleh baginda. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan