36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Penghantar barangan harap disuntik vaksin COVID-19 segera

Mesti Baca

Mohd Naim Aziz
Mohd Naim Aziz
Jurufoto Sambilan Edisi 9

CYBERJAYA – Mereka yang berkhidmat sebagai penghantar barangan terutamanya untuk pelanggan yang membeli-belah dalam talian merupakan antara golongan yang menyambut baik pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula secara rasmi semalam.

Salah seorang daripada mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Aiman berkata, penghantar barangan juga adalah antara golongan barisan hadapan yang berdepan risiko jangkitan COVID-19 lebih-lebih lagi di zon merah yang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

penghantar
Aiman mengenakan pakaian menutup keseluruhan badannya bagi mengelakkan kontak rapat dengan pelanggan. Foto EDISI 9 / MOHD NAIM AZIZ

“Saya secara tidak langsung terdedah kepada jangkitan COVID-19 kerana sering bertemu pelanggan bagi menghantar barangan yang dipesan.

“Program Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dilancarkan hari ini menunjukkan kesiapsiagaan pihak kerajaan dalam membendung wabak ini seberapa segara,” jelasnya ketika ditemui Edisi 9 di kawasan perumahan di Desa Coalfields, Sungai Buloh, Selangor.

penghantar
Aiman menggunakan kereta Perodua Kancil bagi menghantar barangan pelanggan. Foto EDISI 9 / MOHD NAIM AZIZ

Aiman memulakan pekerjaan menghantar barangan pelanggan dalam talian ini sejak tamat pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA ) kira-kira setahun lalu dengan menggunakan kenderaan sendiri.

Dia juga mengikuti perkembangan secara langsung menerusi media sosial bagi mendapat gambaran sebenar dan menyeluruh Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan semasa pelancarannya oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya .

Vaksin Comirnaty® keluaran Pfizer-BioNTech, adalah sensitif terhadap suhu dan perlu disimpan dalam ULTF dengan suhu -90°C sehingga -60°C bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan optimum.

Jangka hayat vaksin dalam penyejuk beku itu adalah enam bulan daripada tarikh pengilangan.

Bagi tujuan pembekalan ke pusat pemberian vaksin (PPV), vaksin akan dipindahkan ke kotak sejuk dengan suhu simpanan 2°C hingga 8°C dan dimasukkan ke dalam peti sejuk muatan atas, dengan suhu penyimpanan yang sama setelah tiba di PPV.

Vaksin Comirnaty® yang disimpan pada suhu 2°C hingga 8°C mempunyai jangka hayat sehingga lima hari atau bersamaan dengan 120 jam.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan dilaksanakan dalam tiga fasa yang dimulakan dengan kumpulan barisan hadapan dan akan diikuti dengan kumpulan berisiko tinggi serta penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas.

Pendekatan kerajaan adalah untuk memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk dewasa Malaysia menerima vaksin menjelang Februari 2022 untuk mengurangkan penularan virus COVID-19. – EDISI 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan