33.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 17, 2021

94 HAT terima 390 bebuli vaksin Pfizer-BioNTech

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – 94 Hospital Angkatan Tentera (94 HAT) yang merupakan pusat simpanan vaksin (PSV) telah menerima vaksin Pfizer-BioNTech sekitar pukul 11 pagi tadi.

Menurut Pegawai Memerintah 94 HAT, Brigedier Jeneral Dr Muhamed Hatta Manis berkata, pihaknya telah menerima kumpulan pertama sebanyak 390 bebuli vaksin Pfizer-BioNTech.

Beliau berkata, setiap bebuli boleh menghasilkan enam dos yang boleh menjadikan keseluruhan 2,340 dos bagi kegunaan 1,170 anggota tentera yang akan menerima dos tersebut.

“Dos tersebut adalah bagi kegunaan barisan hadapan melibatkan kakitangan kesihatan dan anggota tentera yang bertugas di sekitar Kem Terendak, Melaka iaitu 3 Divisyen, 10 Briged Para dan Group Gerak Khas.

“Vaksin tersebut juga perlu disimpan di dalam penyejuk beku bersuhu ultra-rendah (ULTF) bagi mengekalkan suhu di bawah negatif 70 darjah Celcius,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

HAT
Vaksin perlu disimpan di dalam UTLF. Gambar: Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia

Dr Muhamed Hatta menambah, vaksin tersebut telah dibawa daripada Hospital Melaka menggunakan perkhidmatan van DHL dengan diiringi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan polis tentera.

Secara keseluruhan, terdapat 54 lokasi PSV dan 605 lokasi pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara dan 94 HAT merupakan satu daripada 54 PSV tersebut.

Baca juga:   CUEPACS gembira FWD Takaful tambah RM5 juta dana MyHeroes KKM

Vaksin Comirnaty® keluaran Pfizer-BioNTech, adalah sensitif terhadap suhu dan perlu disimpan dalam ULTF dengan suhu -90°C sehingga -60°C bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan optimum.

Baca juga:   Malaysia sumbang RM4.2j bina semula fasiliti ujian Covid di Gaza

Jangka hayat vaksin dalam penyejuk beku itu adalah enam bulan daripada tarikh pengilangan.

Bagi tujuan pembekalan ke PPV, vaksin akan dipindahkan ke kotak sejuk dengan suhu simpanan 2°C hingga 8°C dan dimasukkan ke dalam peti sejuk muatan atas, dengan suhu penyimpanan yang sama setelah tiba di PPV.

Vaksin Comirnaty® yang disimpan pada suhu 2°C hingga 8°C mempunyai jangka hayat sehingga lima hari atau bersamaan dengan 120 jam.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan dilaksanakan dalam tiga fasa yang dimulakan dengan kumpulan barisan hadapan dan akan diikuti dengan kumpulan berisiko tinggi serta penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas.

Pendekatan kerajaan adalah untuk memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk dewasa Malaysia menerima vaksin menjelang Februari 2022 untuk mengurangkan penularan virus COVID-19. – EDISI 9

Terkini

Kerajaan perlu kemuka data terperinci Long COVID-19

CYBERJAYA - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan kepada kerajaan supaya mengemukakan data terperinci mengenai Long COVID-19,...

Lagi Artikel Berkaitan