27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Kluster Industri Sg Gadut punca Negeri Sembilan kes tertinggi

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Kluster Industri Sungai Gadut di Seremban, Negeri Sembilan melaporkan sebanyak 1,338 kes hari ini, menjadikannya kluster yang mencatatkan jangkitan kes harian baharu COVID-19 tertinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu melibatkan sebuah kilang pembuatan produk kayu yang terletak di Kawasan Perindustrian Sungai Gadut KM 11, Seremban, Negeri Sembilan.

Menurut beliau, jumlah kes dalam Kluster Industri Sungai Gadut sehingga 24 Februari 2021 adalah 1,432 kes melibatkan 318 rakyat tempatan dan 1,114 warga asing dan ia telah dikenal pasti pada 22 Februari 2021.

“Kilang tersebut telah pun ditutup pada 21 Februari 2021. Jumlah pekerja yang tinggal di asrama adalah seramai 1,500 orang bukan warganegara. Asrama pekerja ini terletak di dalam kawasan kilang. Majoriti kes telah dan sedang dimasukkan ke MAEPS.

“Pun begitu kes yang melibatkan warganegara, ada yang dimasukkan ke hospital, MAEPS dan ada yang dirawat di rumah.

“Keadaan di asrama sangat tidak memuaskan dan telah diambil tindakan oleh Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sembilan.

“Isu penginapan pekerja asing wajib diuruskan sebaik mungkin untuk membendung penularan jangkitan COVID-19 dalam negara,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Negeri Sembilan

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Noor Hisham melalui kenyataan media memberitahu, peningkatan mendadak kes COVID-19 di Kluster Industri Sungai Gadut menjadikan Negeri Sembilan melaporkan kes tertinggi hari ini iaitu sebanyak 1,392 kes (39.3 peratus).

“Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 581 kes (16.4 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 381 kes (10.7 peratus),” jelasnya.

Status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga pukul 12 tengah hari tadi:

Kes sembuh: 3,331 kes (260,009 kes kumulatif, 89.1 peratus);

Kes baharu: 3,545 kes (291,774 kes kumulatif);

Kes import: 1 kes (1 bukan warganegara)

Kes tempatan: 3,544 kes [1,544 warganegara (43.6 peratus); 2,000 bukan warganegara (56.4 peratus)];

Kes aktif: 30,677 kes;

Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 189 kes;

Kes memerlukan bantuan pernafasan: 88 kes; dan

Kes kematian: 12 kes (1,088 kes kumulatif, 0.37 peratus).

Kes-kes kematian hari ini melibatkan tujuh kes di Kuala Lumpur, dua kes di Selangor, dan masing-masing satu kes di Sabah, Terengganu, dan Pulau Pinang.

Walau bagaimanapun, tiada kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan di Negeri Sembilan.

Sebanyak 11 kes kematian melibatkan warganegara dan satu kes bukan warganegara.

Kes positif 3,545 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 24 Februari 2021 adalah seperti berikut:

Negeri Sembilan: 1,392 kes
1,358 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Selangor: 581 kes
216 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Enam;
223 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
141 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kuala Lumpur: 381 kes
255 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
46 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
80 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sarawak: 353 kes
116 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
47 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
190 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Johor: 318 kes
188 kes daripada kluster-kluster, termasuk 67 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Perindustrian Lukut, Kluster Jalan Ulu Choh, dan Kluster Jalan Dato Yunus;
72 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
58 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Advertisements

Perak: 188 kes
179 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Pasar Bidor;
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sabah: 105 kes
27 kes daripada kluster-kluster, termasuk 15 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sinsingon;
60 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pulau Pinang: 95 kes
68 kes daripada kluster-kluster, termasuk 52 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Lorong Bakau dan Kluster Vista Hilir;
Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kelantan: 53 kes
16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
24 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Melaka: 26 kes
20 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Terengganu: 22 kes
Enam (6)daripada kluster-kluster sedia ada;
Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kedah: 17 kes
Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pahang: Lapan (8) kes
Dua (2) kes daripada kluster sedia ada; dan
Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Labuan: Lima (5) kes
Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Putrajaya: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada

Sebanyak 29 kes (0.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Sungai Udang (14 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (12 kes), Kluster Telok Mas (2 kes), dan Kluster Tembok Taiping (1 kes).

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 24 Februari 2021:

Jumlah kluster: 1,103 kluster;

Jumlah kluster baharu: 8 kluster;

Jumlah kluster yang telah tamat: 594 kluster (termasuk lapan (8) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Rasah, Kluster Kampung Bombalai, Kluster Kampung Paya Siput, Kluster Guntong Luar, Kluster Kota Muhibbah, Kluster Tapak Bina Cyber, Kluster Tapak Bina Pelangi, dan Kluster Jalan Mutiara);
Jumlah kluster aktif: 509 kluster;

Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini: 78 kluster; dan

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Industri Sungai Gadut (1,338 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Segambut (174 kes), dan Kluster Jalan Pelabuhan (164 kes).

Perincian lapan kluster baharu yang telah dikenal pasti hari ini iaitu:

KLUSTER JALAN ENAM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan SU 6A, Shah Alam. Sehingga 24 Februari 2021, sejumlah 173 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN ULU CHOH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pontian di Johor. Dua (2) kes dalam kluster ini (iaitu kes ke-281733 dan kes ke-281771) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak di Jalan Ulu Choh, Pekan Nenas, Pontian. Sehingga 24 Februari 2021, sejumlah 190 individu telah disaring, di mana 34 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER PERINDUSTRIAN LUKUT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Lukut, Kota Tinggi. Sehingga 24 Februari 2021, sejumlah 239 individu telah disaring, di mana 28 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN DATO YUNUS
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Dato Yunus Sulaiman, Gelang Patah, Johor Bahru. Sehingga 24 Februari 2021, sejumlah 30 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER SINSINGON
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Nabawan di Sabah. Tiga (3) kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-286780, kes ke-286781, dan kes ke-286782) dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Februari 2021 hasil saringan kemasukan ke asrama. Kluster ini melibatkan satu majlis pengebumian di Kampung Sinsingon, Nabawan yang berlangsung di antara 17 hingga 20 Februari 2021 dan turut dihadiri oleh kes-kes indeks. Sehingga 24 Februari 2021, sejumlah 106 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER PASAR BIDOR
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batang Padang di Perak. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-197607) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Februari 2021. Kes indeks juga merupakan seorang peniaga pasar di Bidor, Batang Padang. Sehingga 24 Februari 2021, sejumlah 112 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER LORONG BAKAU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perusahaan Perabot, Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan. Sehingga 24 Februari 2021, sejumlah 297 individu telah disaring, di mana 50 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER VISTA HILIR
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Timur Laut dan Barat Daya di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 15 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Hilir Sungai Kluang 2, Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, Barat Daya. Sehingga 24 Februari 2021, sejumlah 154 individu telah disaring, di mana 35 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan