30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Jangan bimbang ambil suntikan vaksin Covid-19 – PM

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkongsi pengalamannya selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 yang menandakan bermulanya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya hari ini.

“Saya tak rasa apa-apa pun. Saya tunggu sekejap tengok dah habis, macam suntikan biasa. Jangan bimbang tampil ke hadapan bila-bila masa,” katanya pada majlis yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen tempatan.

Melalui catatan dalam Facebooknya, Muhyiddin bersyukur kerana telah menerima suntikan vaksin tersebut bersama barisan hadapan termasuk Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah.

]‘’Saya ingin merayu kepada seluruh rakyat Malaysia dan mereka yang menetap di Malaysia, yang layak untuk diberikan vaksin Covid-19 supaya mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera,’’ katanya.

Beliau berkata, kerajaan sebelum ini juga telah memutuskan pemberian vaksin Covid-19 adalah percuma untuk warganegara dan bukan warganegara.

Advertisements

‘’Yakin dan percayalah bahawa usaha yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Perikatan Nasional ini adalah untuk melindungi rakyat daripada jangkitan Covid-19. Dengan pelaksanaan vaksinasi Covid-19 ini diharapkan agar situasi pandemik di dalam negara kita dapat dibendung, sekalihus mengurangkan penularan jangkitan virus Covid-19, ‘’katanya.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, bertemakan “Lindung Diri, Lindung Semua” itu dilaksanakan dalam tiga fasa bermula hari ini dengan Fasa 1 dari Februari hingga April 2021 untuk kumpulan petugas barisan hadapan melibatkan 500,000 orang.

Fasa 2 pula dari April hingga Ogos membabitkan kumpulan warga emas berumur 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi serta orang kurang upaya melibatkan 9.4 juta orang, manakala Fasa 3 dari Mei 2021 hingga Februari 2022 untuk penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas – warganegara dan bukan warganegara – dengan sasaran lebih 13.7 juta orang.

Malaysia menerima kumpulan pertama bekalan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech melibatkan 312,390 dos pada Ahad melalui pintu masuk utama negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang; Johor dan Pulau Pinang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan