25.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 7, 2021

Muhyiddin, Noor Hisham terima suntikan vaksin Covid-19

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Sejarah tercipta! Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menjadi individu pertama di negara ini disuntik vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech.

Ia sebagai simbolik kepada pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dengan fasa pertama melibatkan petugas barisan hadapan.

Perdana Menteri menerima suntikan itu di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya Presint 11 jam 2.42 petang oleh jurusuntik yang dilantik Kementerian Kesihatan, Lina Ibrahim yang juga merupakan Ketua Jururawat Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya.

Ia disusuli Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta empat petugas kesihatan dari Klinik Kesihatan Putrajaya turut menerima vaksin hari ini.

Mereka adalah Dr Tan Yee Ling, 30, (pegawai perubatan); Sheila Melissa Sikin, 31, (jururawat), Khairul Asraf Mohd Yasin, 44, (penolong pegawai perubatan) dan Clement Marai Francism, 36, (pemandu).

Mereka sebelum itu diberi taklimat penerimaan vaksin dan menandatangani borang persetujuan serta kebenaran vaksin.
Kesemua penerima akan dipantau 30 minit selepas disuntik sebelum pelepasan diberikan kepada mereka.

Muhyiddin tiba di pusat kesihatan itu pada kira-kira 2.25 petang dan melalui lima stesen di PPV untuk menjalani proses vaksinasi tersebut.

Stesen pertama untuk saringan gejala dan suhu, diikuti stesen kedua untuk pendaftaran bagi mengesahkan kehadiran untuk suntikan vaksin Covid-19, stesen ketiga bagi proses konsultasi dan persetujuan imunisasi, stesen keempat bagi menerima suntikan vaksin Covid-19 dan stesen kelima ialah stesen pemerhatian.

Baca juga:   PM panggil sidang Parlimen sebelum 1 Ogos

Selepas dipantau sekiranya terdapat kesan sampingan suntikan yang diterimanya daripada Ketua Jururawat Kesihatan, Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya Presint 11, Lina Ibrahim, di stesen pemerhatian, Muhyiddin kemudian mengambil janji temu bagi pengambilan dos kedua.

Baca juga:   GKP ditambah RM1,500, manfaat bagi 1 juta PKS

Vaksin Pfizer-BioNTech perlu disuntik dua kali, dengan suntikan kedua pada hari ke-21 selepas suntikan pertama.

Turut berada di PPV itu ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

Perdana menteri kemudiannya melancarkan pendaftaran program vaksinasi menerusi MySejahtera yang akan memudah cara proses pendaftaran bagi menerima vaksin.

Dengan suntikan yang dilaksanakan itu ia bermakna Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bermula dengan rasmi.

Ia akan dilaksanakan melalui tiga (3) fasa iaitu:
A) Fasa 1 (24Februari – April 2021): untuk kumpulan petugas barisan hadapan melibatkan 500,000 orang.

B) Fasa 2 (April – Ogos 2021): untuk kumpulan warga emas berumur 65 tahun ke atas dan golongan berisiko tinggi serta OKU melibatkan 9.4 juta orang; dan

C) Fasa 3 (Mei 2021 – Februari 2022): untuk penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas (warganegara dan bukan warganegara) dengan sasaran lebih 13.7 juta orang. – Edisi 9

Terkini

Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia ikut SOP ketat

PROGRAM 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akan dilaksanakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat...

Lagi Artikel Berkaitan