31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Jangan bebankan PN, biarkan UMNO bertanding solo

Mesti Baca

Jika benar UMNO bukan lagi kuasa besar dalam lanskap politik negara

CYBERJAYA – Bersatu tidak perlu membebankan Perikatan Nasional (PN) dengan mengundang UMNO bersama-sama menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata seorang penganalisis politik.

Menurut Prof Madya Dr Azmi Hassan, Bersatu sepatutnya membiarkan UMNO bertanding secara solo jika benar era parti itu sudah berlalu dan UMNO tidak lagi menjadi kuasa besar dalam politik negara.

Beliau berkata, dengan cara tersebut ia lebih mudah mematikan UMNO daripada membawa masuk parti yang pernah mengetuai pentadbiran negara selama 60 tahun itu bersama-sama PN.

“Sekiranya pemerhatian Fayhsal bahawa UMNO berada pada tahap surut paling rendah adalah betul, maka biarkanlah UMNO mahu bergerak solo dalam PRU-15 ini.

“Saya fikir ia adalah kaedah terbaik untuk menghapuskan UMNO. Mengapa Bersatu mahu membebankan PN dengan mengundang UMNO kerana perbincangan pembahagian kerusi akan menjadi tidak kemas?

“Tanpa UMNO dalam PN, majoriti kerusi akan menjadi Bersatu dan Pas. Siapa yang tidak mahu itu?,” katanya menerusi hantaran dalam Facebooknya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Armada Bersatu, Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal bahawa era UMNO berkuasa sudah berakhir.

Baca juga:   Stor sisa pukal blok utara Kementerian Kewangan terbakar

Fayhsal yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, UMNO juga perlu menerima kenyataan bahawa parti itu bukan lagi kuasa besar dalam lanskap politik negara ini.

Baca juga:   PRN Johor: Penamaan calon 26 Februari, hari mengundi 12 Mac

Kenyataan Fayhsal itu turut mendapat maklum balas segera bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya: “Kamu bertanding kat mana pada PRU-15?”

Dalam nada sinis, Najib berkata, Fayhsal pasti menang di mana sahaja dia bertanding kerana lawannya tentu sukar untuk menentang kuasa cetak duit dan surat sokongan.

Sebelum ini seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman dikecam oleh pemimpin dan penyokong UMNO kerana dituduh cuba mencampuri urusan parti lain.

Ia berikutan kenyataan Muhammad Faiz yang mendesak UMNO mengumumkan hasil mesyuarat Majlis Tertinggi parti yang berlangsung di Janda Baik.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menyifatkan seolah-olah mereka ada tugasan untuk mempersoal dan menyerang UMNO secara terbuka.

Dalam mesyuarat tertutup itu, MT UMNO dikatakan membuat keputusan untuk tidak akan bersama Bersatu menghadapi PRU-15 dan menolak jawatan Timbalan Perdana Menteri. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Tiga terbunuh, nahas kereta bertembung di Pontian

TIGA terbunuh dalam nahas di Kilometer 5.7 Jalan Parit Semerah – Parit Kudus, di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit...

Lagi Artikel Berkaitan