25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, December 3, 2021

2,500 murid bakal terima cermin mata sumbangan YSIJ

Mesti Baca

JOHOR BAHRU – Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) bersama Season Optical menjalinkan kerjasama dalam menghulurkan bantuan cermin mata bernilai RM500,000 kepada 2,500 murid sekolah di seluruh Johor.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, baginda amat mengalu-alukan pihak swasta yang ingin bekerjasama dengan YSIJ bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Lebih-lebih lagi dalam tempoh pandemik yang kita semua lalui sejak tahun lalu, segala jenis bantuan yang boleh dihulur amat dialu-alukan bagi meringankan beban mereka yang terkesan.

“Saya berterima kasih kepada syarikat ini yang tampil untuk bekerjasama dengan yayasan saya dan membantu rakyat dengan cara mereka tersendiri,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO).

YSIJ
Gambar: Laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Sebuah lori khas akan berkunjung ke semua daerah dan memeriksa mata murid-murid yang memerlukan dengan kerjasama sekolah.

Sultan Ibrahim turut berkenan meninjau dan memeriksa sendiri lori berkenaan di pekarangan Istana Flintstones, Mersing, kelmarin.

Hadir sama, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YSIJ, Datuk Avinderjit Singh; Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ, Fadhly Suffian Laili serta Ketua Pegawai Eksekutif Season Optical, Calvin Chung.

Baginda turut berkenan menerima menghadap Pengarah Urusan Eco-Shop Marketing, Datuk Sri Lee Kar Whatt dan Pengarah Eksekutif Lionmas Furnishers, Gan Cheng Swee yang merupakan antara penyumbang kepada usaha berterusan YSIJ membantu rakyat yang memerlukan.

Sementara itu, pada 18 Februari lalu, kurniaan barangan keperluan makanan serta sumbangan peribadi daripada Sultan Johor disampaikan kepada 350 penerima termasuk pelajar serta murid sekolah di kawasan Ayer Baloi dan Pekan Nenas, Pontian.

Baca juga:   PM Jepun letak jawatan?

Bantuan disampaikan Mejar Cina, Datuk David Wong dengan diiringi Ketua Penyelarasnya, Desmond Lee serta sukarelawan YSIJ kepada penerima dan guru besar sekolah.

Baca juga:   Muhyiddin, isteri terima suntikan dos penggalak

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Kebajikan Prihatin Daerah Pontian, Datuk Ng Sea Bu.

YSIJ
Gambar: Laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Bertempat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chien Hwa, Kampung Jawa, Ayer Baloi, bantuan disampaikan membabitkan warga emas, golongan orang kurang upaya (OKU) serta keluarga miskin seramai 70 penerima, manakala pelajar dan murid dari SJKC adalah seramai 112 orang.

Di Dewan SJKC Yu Ming 1 dan 2, Pekan Nenas, bantuan disampaikan kepada 50 penerima membabitkan warga emas, golongan OKU serta keluarga miskin, manakala 68 penerima dari kalangan pelajar serta murid SJKC.

Guru Besar SJKC Yu Ming 1, Lim Peck Chin yang mewakili ibu bapa dan pelajar menzahirkan setinggi-tinggi kasih kepada Sultan Johor di atas kurniaan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan bangsa.

“Sesungguhnya kurniaan daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor ini amat bermakna kepada golongan ibu bapa khususnya mereka yang terjejas punca pendapatan akibat penularan wabak COVID-19,” katanya kepada Royal Press Office (RPO).

Terkini

Semua pihak elak tindakan provokasi di Laut China Selatan

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menegaskan agar semua pihak perlu mengelak daripada melakukan sebarang tindakan berunsur provokasi...

Lagi Artikel Berkaitan