28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Shahril bidas ahli MPT Bersatu campuri urusan UMNO

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – “Sudah beberapa kenyataan mutakhir dia yang tak henti-henti menyentuh UMNO. Tidak nampak pula kenyataan tentang partinya sendiri.”

Demikian kenyataan tegas, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan yang membidas tindakan seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang disifatkan beliau seolah-olah ada assignment untuk mempersoal dan ‘menyerang’ UMNO secara terbuka.

“Ditegaskan, jika UMNO mahu mengumum atau mendedahkan sebarang keputusan, UMNO akan lakukan mengikut waktu dan garis masanya sendiri.

”Sebarang kenyataan rasmi mengenai keputusan dasar akan datang dari Presiden atau Setiausaha Agung. Gesaan terbuka melalui media untuk UMNO mendedahkan perihal dalaman parti hanya membongkar kelemahan pihak yang menggesa tersebut,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Shahril merujuk gesaan Dr. Muhammad Faiz Na’aman yang mahu UMNO mengumumkan hasil mesyuarat MT parti itu di Janda Baik, Pahang, Jumat lalu.

Advertisements

Dr. Muhammad Faiz berkata, perkara berkenaan penting untuk mereka merancang kempen sama ada secara bersama atau berasingan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Pada 10 Februari lalu, Dr. Muhammad Faiz turut membangkitkan kemarahan pemimpin-pemimpin UMNO apabila menggesa siasatan dijalankan berhubung pendedahan akaun rahsia parti itu dalam kes saman pelucutan hak berkaitan 1MDB.

Mereka menyifatkan tindakan beliau hanya akan mengeruhkan lagi hubungan antara UMNO dan Bersatu yang ketika ini dikatakan tegang.

Edisi 9 semalam melaporkan, MT UMNO yang bermesyuarat di Janda Baik membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 dan menolak jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Bagaimanapun menurut sumber, pendirian UMNO mengenai hubungan dengan Pas dalam Muafakat Nasional tidak dinyatakan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan