29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Siapa betul? Penafian Ibu Pejabat UMNO atau laporan media?

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Semalam Ibu Pejabat UMNO mengeluarkan kenyataan media menafikan berita yang tular berkaitan keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi (MKT) kelmarin di Janda Baik, Pahang.

Dalam satu kenyataan oleh Pasukan Respon JKS Penerangan menegaskan sebarang kenyataan mengenai keputusan MKT adalah tidak sahih melainkan ia datang dari kenyataan rasmi UMNO atau pimpinannya.

“Sebarang laporan, spekulasi dan kenyataan media lain tidak boleh dirujuk sebagai pendirian atau kenyataan rasmi parti,” kata kenyataan itu.

Semalam, Edisi9 melaporkan, MT UMNO membuat keputusan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan menolak jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Bagaimanapun kedudukan hubungan antara UMNO dan Pas yang bekerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) tidak dinyatakan.

Walaupun Ibu Pejabat UMNO mengeluarkan penafian mengenai berita itu, namun hari ini sekurang-kurangnya dua lagi media melaporkan perkara yang sama.

Astro Awani melaporkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa menggunakan kuasa vetonya selaku Presiden UMNO untuk menghalang Barisan Nasional (BN) daripada bergabung dengan Perikatan Nasional (PN)
Menurut laporan itu, ia dilakukan walaupun majoriti ahli MT memutuskan sebaliknya.

Advertisements

Sumber MT UMNO yang hadir pada mesyuarat itu berkata, Ahmad Zahid ternyata ‘melanggar’ keputusan majoriti untuk menggunakan formula Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada PRU-15.

“Ahli-ahli MT bersetuju untuk bergabung dengan PN atas nama BN. Maknannya, kita buat seperti yang dilakukan semasa PRN Sabah, iaitu BN dan PN dalam suatu gabungan yang sama, untuk menghadapi PRU-15; Jadi tidak ada pertembungan tiga penjuru nanti,” lapor Astro Awani.

Dalam pada itu, sumber tersebut turut mendakwa, Ahmad Zahid turut menggunakan kuasa vetonya semasa membincangkan isu tawaran jawatan Timbalan Presiden daripada UMNO dalam PN.

“MT juga telah bersetuju untuk menerima jawatan itu tetapi malangnya Presiden menolak semua cadangan berkenaan daripada ahli-ahli MT,” katanya.

Malaysiakini pula melaporkan satu sumber memberitahu, UMNO membuat keputusan mengakhiri kerjasama dengan Bersatu dan PN sebaik proklamasi darurat berakhir.

“UMNO juga tidak akan menerimam sebarang pelawaan berkait dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Bagaimanapun satu sumber dalam UMNO menyangkal dakwaan bahawa Ahmad Zahid menggunakan kuasa veto. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan