24.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 16, 2021

Orang ramai perlu jauhi kumpulan antivaksin –Armada

Must Read

Suruhanjaya Tinggi Bangladesh tak wajar lancar portal pekerjaan

CYBERJAYA - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan amat terkejut dengan tindakan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur...

Kenaikan harga barangan masih terkawal – Alexander

CYBERJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati kenaikan harga barangan di seluruh negara adalah...

Perdana Menteri beri jaminan tiada PKP kali ketiga

CYBERJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kerajaan tidak berhasrat melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali...


KUALA LUMPUR – Orang ramai perlu menjauhi kumpulan antivaksin atau mereka yang menghasut bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai mengenai virus dan vaksin Covid-9.

Pengerusi Biro Perhubungan dan Pengaduan Awam Armada Bersatu, Abdul Mutalib Hasan berkata, mereka perlu berhati-hati dan mendapatkan fakta sebenar berhubung perkara itu.

Berikut kenyataan penuh beliau yang juga Exco Armada Bersatu;

Hari ini jam 10 pagi Malaysia telah menerima kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech sebanyak 312,390 dos yang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan Malaysia Airlines MH604 yang dikendalikan oleh MAB Kargo Sdn. Bhd (MAS Kargo).

Dengan ketibaan vaksin itu, Malaysia akan dapat memulakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan secara berfasa bermula 24 Februari ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi antara yang pertama disuntik vaksin ini bersama Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah selain petugas barisan hadapan memerangi COVID-19 di Malaysia.

Semua vaksin ini telah dinilai terlebih dahulu dari pelbagai aspek, kualiti, keberkesanan dan keselamatan vaksin oleh pihak Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Justeru itu, vaksin ini adalah selamat untuk digunakan. Kerajaan memberi jaminan vaksin COVID-19 yang akan diberi menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan adalah selamat.

Vaksin Pfizer didapati mempunyai tahap keberkesanan sehingga 95 peratus. Itu ialah tahap keberkesanan yang sangat tinggi.

Sebanyak 600 lokasi vaksinasi seluruh negara ditetapkan dengan tujuh vaksinator (petugas menyuntik vaksin) akan disediakan di setiap lokaliti atau kawasan. Vaksin tersebut perlu disimpan pada suhu -70 darjah Celsius.

Armada Bersatu menasihati orang ramai untuk sentiasa mencari sumber yang tepat dan memeriksa fakta berkaitan dengan sebarang maklumat mengenai vaksin COVID-19.

Maklumat yang tepat akan dipaparkan menerusi laman web Kementerian Kesihatan Malaysia dan menerusi media sosial Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

Awas tipu helah fahaman antivaksin di dunia digital pada hari ini. Orang ramai perlu mendapatkan fakta yang sebenar. Jauhi kumpulan antivaksin atau mereka yang menghasut bertujuan untuk menakut- nakutkan orang ramai mengenai virus dan vaksin COVID-19.

Langkah itu dapat mengelak kekeliruan berkaitan vaksin Covid-19 dalam kalangan masyarakat, sekali gus dapat menangkis persepsi negatif dan momokan oleh golongan antivaksin. Kerajaan memberi jaminan vaksin COVID-19 ini adalah selamat.

Muzakarah Majlis Kebangsaan Islam turut menetapkan hukum pengambilan vaksin COVID-19 tatkala pandemik ialah harus.

Dengan adanya vaksin ini ia memberi harapan yang lebih besar bagi 32 juta rakyat Malaysia ialah dapat ‘membebaskan’ negara daripada belenggu wabak COVID-19, supaya situasi kembali seperti sedia kala.

Sebelum menolak sepenuhnya vaksinasi, orang ramai perlu merujuk kepada pandangan mereka yang pakar dalam bidang perubatan.

Terbaharu, pembantu penyelidik di Jabatan Kimia Universiti Teknikal Timur Tengah di Ankara menegaskan kepentingan vaksin untuk mengekang Covid-19.

Vaksin ini adalah selamat untuk digunakan. Mudah-mudahan vaksin ini berkesan dan harap keadaan pulih seperti sedia kala. – Edisi 9

Latest News

Suruhanjaya Tinggi Bangladesh tak wajar lancar portal pekerjaan

CYBERJAYA - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan amat terkejut dengan tindakan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur...

More Articles Like This