25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

3 roket Katyusha bedil pengkalan udara Iraq

Mesti Baca

BAGHDAD – Tiga roket Katyusha membedil sebuah pengkalan udara tentera di wilayah Salahudin, Iraq semalam.

Memetik laporan NAM News Network, insiden itu disahkan oleh jurucakap polis wilayah berkenaan, Mohammed al-Bazi.

Serangan itu berlaku pada waktu petang di mana roket-roket berkenaan jatuh di pengkalan udara Balad, kira-kira 90 kilometer dari Baghdad.

Salah satu roket Katyusha berkenaan jatuh di sebuah bangunan yang digunakan oleh syarikat kontraktor tentera Amerika Syarikat (AS) di pengkalan berkenaan.

Bangunan itu mengalami kerosakan dan seorang pekerja syarikat yang juga rakyat Iraq cedera.

Advertisements

Mohammed menambah, dua lagi roket jatuh di kawasan lapan dalam pengkalan udara tersebut dan tiada kecederaan dilaporkan.

Pengkalan udara Balad merupakan yang terbesar di Iraq dan dikenali oleh tentera AS sebagai Aktiviti Bantuan Logistik Anaconda.

Ia menempatkan ramai anggota tentera AS dan penasihat-penasihat syarikat AS yang mengendalikan jet-jet pejuang F-16 milik Iraq.

Namun, mereka berundur dari situ lebih setahun lalu setelah pengkalan udara tersebut kerap menjadi sasaran roket kumpulan militan yang tidak dikenali.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu setakat ini.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan