24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Op Dadu: 8 serbuan, 12 lelaki dicekup sekitar PJ

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Seramai 12 lelaki disyaki pengendali kegiatan perjudian haram ditahan polis dalam lapan serbuan Op Dadu di sekitar Petaling Jaya, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, tangkapan pertama melibatkan dua lelaki rakyat tempatan di sebuah premis di Sungai Way, kira-kira pukul 3 petang.

Menurut beliau, kedua-dua suspek masing-masing berumur 57 dan 70 tahun disyaki menjalankan kegiatan perjudian dalam talian dan maklumat itu diperolehi melalui semakan telefon bimbit mereka.

“Bahan bukti yang dirampas adalah dua telefon bimbit dan sejumlah wang tunai kira-kira RM1,891,” katanya dalam kenyataan media, malam tadi.

Nik Ezanee menambah, tangkapan kedua berlaku kira-kira pukul 4.45 petang di sebuah restoran sekitar kawasan Kota Damansara.

Beliau memberitahu, suspek iaitu seorang lelaki rakyat tempatan berumur 22 tahun diisyaki terlibat dalam aktiviti menjual dan membeli loteri awam haram.

“Sebuah telefon bimbit dan wang tunai kira-kira RM236 turut dirampas,” jelasnya.

Berhubung tangkapan ketiga, Nik Ezanee berkata, tangkapan melibatkan seorang lelaki rakyat tempatan berusia 22 tahun yang sedang leka menjalankan aktiviti menjual dan membeli loteri awam haram.

“Suspek ditahan di tepi Jalan Pekaka 8/4, Kota Damansara kira-kira pukul 4.55 petang,” ujarnya.

Sebuah telefon bimbit dan wang tunai kira-kira RM39 dirampas daripada suspek.

Beliau berkata, serbuan seterusnya dilakukan di sebuah kedai runcit di kawasan Damansara Damai kira-kira jam 5 petang.

Advertisements

“Polis berjaya menahan dua lelaki rakuat tempatan masing-masing berumur 18 dan 27 tahun kerana disyaki terlibat dalam penjualan dan pembelian loteri awam haram,” katanya.

Dalam serbuan tersebut, dua telefon bimbit dan wang tunai kira-kira RM150 dirampas.

Tangkapan kelima pula berlaku di sebuah rumah di Damansara kira-kira pukul 5.30 petang di mana seorang lelaki rakyat tempatan berumur 32 tahun ditahan kerana disyaki menjual nombor ekor haram.

Polis merampas tiga telefon bimbit, wang tunai kira-kira RM1,340 dan pelbagai barangan lain yang disyaki digunakan dalam perjudian ekor haram.

Dalam serbuan kelima di sekitar kawasan Kayu Ara kira-kira pukul 5.40 petang, tiga lelaki rakyat tempatan berumur antara 33 hingga 61 tahun ditahan.

Mereka disyaki menjalankan aktiviti perjudian loteri awam haram dan polis merampas sebuah telefon bimbit, wang tunai kira-kira RM25 dan pelbagai barangan lain dipercayai digunakan dalam perjudian ekor haram.

Tangkapan ketujuh dilakukan kira-kira pukul 5.45 petang melibatkan seorang lelaki rakyat tempatan yang disyaki memiliki barang-barang yang dipercayai digunakan dalam kegiatan loteri awam haram.

Sebanyak dua telefon bimbit dan wang tunai kira-kira RM328 dirampas oleh polis dalam serbuan itu.

Tangkapan terakhir melibatkan seorang lelaki warga asing berumur 35 tahun yang disyaki menjalankan aktiviti perjudian loteri awam haram serta mempromosikan perjudian dalam talian.

Bahan bukti yang dirampas adalah dua telefon bimbit, wang tunai kira-kira RM245 dan pelbagai barangan lain disyaki digunakan dalam kegiatan perjudian ekor haram.

Semua kes disiasat di bawah Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 manakala tangkapan keempat turut disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan