33.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Malaysia minat hantar pelajar dalami bidang kejuruteraan di Iraq

Mesti Baca

MALAYSIA telah menyatakan hasrat untuk menghantar pelajarnya mendalami bidang kejuruteraan di Iraq yang merupakan salah satu kepakaran yang dimiliki negara tersebut.

Perkara itu disuarakan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semasa bertemu Timbalan Perdana Menteri Iraq, Fuad Hussein di Antalya, Turkiye.

Zambry berkata, Iraq juga sebelum ini telah menyuarakan hasrat untuk menghantar sejumlah pelajarnya melanjutkan pengajian di Malaysia.

Namun terdapat beberapa isu berbangkit terutama soal teknikal yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“Saya telah meminta Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi untuk melihat dan menyelesaikan perkara ini dengan segera dan membantu memudahkan proses pendaftaran dan pembelajaran mereka di Malaysia,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Sehingga kini, jumlah pelajar Iraq di Malaysia yang dicatatkan ialah seramai 2,108 orang.

Zambry berkata, rakyat Iraq sentiasa menanti peluang untuk menyambung pelajaran di Malaysia kerana yamin dengan kualiti pendidikan tinggi di negara ini.

Beliau berada di Turkiye untuk mengikuti Forum Diplomasi Antalya 2024 yang berlangsung dari 1 hingga 3 Mac.

Advertisements

Sebelum ini Zambry yang juga bekas Menteri Luar acap kali bertemu dengan Fuad yang juga memegang portfolio Menteri Luar Iraq.

Dalam pertemuan kali ini, mereka berkongsi pandangan mengenai isu global semasa terutamanya krisis di Gaza yang tidak pernah selesai dan makin meruncing.

“Kami sangat bersetuju untuk tindakan segera diambil dan pembunuhan kejam kanak-kanak, wanita dan rakyat Palestin yang tidak bersalah perlu dihentikan segera.

“Ini bukan soal agama atau negara tetapi ini adalah soal kemanusiaan dan nilai jati diri yang semakin dirobek,” katanya.

Fuad juga, katanya, mengharapkan Malaysia dapat membantuki dari segi membina semula negara mereka, pengurusan dan urus tadbir kerajaan, perancangan pembangunan masyarakat yang lebih teratur.

Ini kerana bagi Iraq, Malaysia antara negara Islam yang boleh dijadikan model dan contoh.

“Insya-Allah persefahaman yang dicapai akan membentuk lebih banyak kerjasama selepas ini dalam pelbagai sektor.

“Kerjasama pendidikan akan ditingkatkan bagi membolehkan perkongsian dan proses pemindahan ilmu itu dapat dilakukan bersama,” katanya. – Edisi

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan