26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 20, 2021

Murid boleh pakai baju biasa ke sekolah, asalkan kemas

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Murid-murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kebenaran memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah.

Kebenaran itu diberikan oleh Kementerian Pendidikan mulai 1 Mac hingga 26 Mac ini, iaitu sehingga cuti pertengahan penggal persekolahan tahun ini.

“Kementerian Pendidikan berharap kebenaran ini akan membolehkan semua murid kembali hadir ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka.

“Kementerian Pendidikan sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik,” kata kementerian itu dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan menerima banyak pertanyaan daripada ibu bapa tentang peraturan pakaian seragam sekolah apabila sesi persekolahan mula dibuka 1 Mac ini.

Untuk makluman, murid-murid perlu memakai pakaian seragam sekolah untuk hadir ke sekolah seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983: Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah.

Namun, Kementerian Pendidikan memberi kelonggaran itu setelah mengambil kira keadaan semasa.

Ramai ibu bapa yang tertanya-tanya tentang soal pakaian seragam selepas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin mengumumkan pembukaan sekolah secara berperingkat pada 19 Februari lalu.

Baca juga:   Kelentong Mahathir makin ke laut - Puad Zarkashi

Sesi persekolahan bagi murid prasekolah, murid tahun satu dan tahun dua akan bermula pada 1 Mac manakala sesi persekolahan pelajar tahun tiga, empat, lima dan enam pula bermula 8 Mac.

Bagi pelajar sekolah menengah sesi persekolahan akan bermula pada 4 dan 5 April.

Baca juga:   Radzi buat 'homework' tak? Tanya Puad Zarkashi

Keputusan Kementerian Pendidikan memulakan sesi persekolahan bagi pelajar prasekolah, tahun satu dan tahun dua terlebih dulu bagi membiasakan mereka dengan prosedur operasi standard (SOP) terlebih dahulu.

Pelajar sekolah menengah pula akan kembali belajar secara bersemuka bermula 4 April depan bagi Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Bagi negeri-negeri Kumpulan B, sesi persekolahan akan bermula pada 5 April dan pelajar sekolah menengah kembali ke sekolah sejurus tamat cuti penggal.

Kolej vokasional pula akan dibuka pada 1 Mac manakala sekolah antarabangsa dan institusi pendidikan swasta kategori pusat termasuk pusat tuisyen akan dibuka pada 8 Mac. – EDISI 9

Terkini

1,365 tambahan dos penggalak diberikan setakat semalam

SEBANYAK 1,365 dos penggalak vaksin COVID-19 diberikan kepada kumpulan sasar dengan jumlah kumulatif terkini mencecah 32,121 berdasarkan data menerusi...

Lagi Artikel Berkaitan