28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Orang lain buat dewan, DAP pula ubah suai pejabat

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Belum pun reda isu pembelian kereta mewah Mercedes Benz S-Class baharu bernilai hampir RM0.5 juta untuk Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, kerajaan DAP Pulau Pinang buat hal lagi.

Kali ini, timbul pula isu projek mengubah suai dan membesarkan pejabat Exco kerajaan DAP Pulau Pinang di bangunan Komtar yang menelan belanja hampir RM5 juta.

Kon Yeow memberi alasan projek yang dibuat secara tender terbuka itu perlu dilakukan kerana pejabat Exco tidak pernah diubah suai sejak 1986.

Katanya lagi, setiap satu unit pejabat hanya mempunyai keluasan 1,400 kaki persegi.

Beliau memberitahu, kos keseluruhan untuk projek yang melibatkan pejabat Exco di tingkat 52 dan 53 bangunan Komtar itu adalah kira-kira RM4.95 juta.

Kos itu termasuk pemindahan ke pejabat sementara di tingkat 31.

“Tiada pengubahsuaian besar dilakukan sejak pejabat Exco berkenaan beroperasi pada 1986.

“Projek yang diluluskan dalam tender terbuka itu akan dilaksanakan dengan mematuhi prosedur sewajarnya.

“Projek itu juga akan memacu ekonomi dengan membantu pembida yang berjaya dalam pandemik ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk berlaku adil, Kon Yeow turut mengumumkan bantuan kewangan RM20 juta sebagai tambahan kepada peruntukan RM155.5 juta yang diluluskan tahun lalu untuk membantu mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Menurut beliau, RM50 juta lagi telah diperuntukkan bagi program iSejahtera Pulau Pinang, untuk menyalurkan bantuan kepada ibu tunggal, warga emas, golongan kurang upaya dan kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempat menyindir DAP berikutan projek pengubahsuaian pejabat Exco yang dilakukan dalam situasi COVID-19 masih belum reda.

“Orang lain nak buat dewan-dewan, DAP sibuk nak ubah suai pejabat mereka pada zaman pandemik ini pulak,” katanya secara sinis.

Memang betul kata Bossku sebab ramai rakyat yang hidup dalam keadaan tertekan dan kesempitan sekarang.

Mungkin Exco-exco kerajaan DAP Pulau Pinang ingin bekerja dalam pejabat yang selesa, tetapi tak wajar ubah suai semasa rakyat menderita.

Bercakap tentang buat dewan, siapa pula yang disindir Najib tu? – EDISI 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan