26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Malaysia perlu ‘jeneral’ baharu lawan Covid-19 – Khaled

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu melantik seorang “jeneral” baharu untuk mengetuai dan merangka pendekatan baharu bagi menghadapai wabak Covid-19.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sudah hampir setahun berlaku sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) pertama tetapi setakat ini tidak banyak tanda menunjukkan perkembangan.

Menurut beliau, pada masa yang sama semakin ramai rakyat yang kehilangan pendapatan manakala sistem kesihatan awam pula semakin sempit.

“Seorang jeneral baharu dengan strategi dan idea segar diperlukan untuk mengetuai pasukan rentas negeri, jabatan dan agensi untuk bertindak pantas terhadap wabak yang juga berubah pantas,” kata beliau menerusi hantaran di Instagram miliknya hari ini.

Mohamed Khalid berkata, jeneral baharu itu bukan untuk menggantikan peranan Ketua Pengarah Kesihatan tetapi yang akan mengambil alih tugas untuk memimpin usaha kolektif merentas kementerian.

MOHAMED KHALED NORDIN

Katanya, jeneral baharu ini mesti dapat memberikan tumpuan khusus kepada usaha memerangi Covid-19 dan menyelaraskan tindak balas antara semua bidang termasuk kesihatan, keselamatan, kesejahteraan dan ekonomi.

Hampir setahun lalu, ketika Covid-19 mula melanda dunia, Malaysia telah dipuji dan menjadi rujukan banyak negara kerana berjaya membendung penularan wabak itu berbanding beberapa negara jiran seperti Singapura, Filipina dan Indonesia.

Malah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah antara individu yang dijulang sebagai “hero” kerana kejayaan tersebut selain Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengambil alih Putrajaya mulai 1 Mac, ketika wabak itu semakin memuncak.

Advertisements

Keputusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mengumumkan PKP selama tiga bulan mulai pertengahan Mac dianggap satu tindakan tepat untuk membendung penularan wabak yang dikatakan berpunca dari Wuhan, China itu.

Bagaimanapun segalanya dikatakan mula berubah sejak kerajaan membenarkan Pilihan Raya Negeri Sabah diadakan pada Oktober lalu menyebabkan kes-kes jangkitan di seluruh negara kembali melonjak.

Hari ini, ketika kes harian sudah melebih 5,000, kerajaan PN sebaliknya menerima tekanan demi tekanan daripada pelbagai pihak terutama kalangan pemimpin politik kerana dilihat gagal membendung penularan wabak itu.

Mural pada bangunan Kinik Kesihatan Titiwangsa Kuala Lumpur turut memaparkan wajah ‘hero-hero” negara melawan Cobvid-19. – Sumber: FB Balai Seni Lukis Negara

Baru-baru ini, Dr Noor Hisham meluahkan rasa sedih beliau yang genap setahun bertahan dalam perang melawan Covid-19 yang sehingga kini belum nampak penghujungnya.

“Bagaimanapun, di sebalik keletihan fizikal dan mental, kita mesti teruskan (perang melawan Covid-19).

“Setiap orang, tidak kira siapa anda, mesti memikul tanggungjawab ini untuk menyelamatkan negara kita bersama,” luahnya menerusi Facebook beliau.

Dalam catatan itu, beliau terus mengingatkan masyarakat agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) iaitu dengan memakai pelitup muka, kerap mencuci tangan dan mengekalkan penjarakan fizikal. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan