30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Setahun melawan Covid-19, Dr Noor Hisham luah rasa sedih

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meluahkan perasaan sedih beliau apabila hari ini genaplah setahun Malaysia bertahan dalam perang melawan Covid-19.

DR NOOR HISHAM ABDULLAH

Menerusi catatan Facebook beliau, Dr Noor Hisham berkata,  perang melawan Covid-19 juga masih belum nampak penghujungnya.

“Bagaimanapun, di sebalik keletihan fizikal dan mental, kita mesti teruskan (perang melawan Covid-19).

“Setiap orang, tidak kira siapa anda, mesti memikul tanggungjawab ini untuk menyelamatkan negara kita bersama,” tulisnya hari ini.

Dr Noor Hisham dalam catatannya terus mengingatkan masyarakat agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) iaitu dengan memakai pelitup muka, kerap mencuci tangan dan mengekalkan penjarakan fizikal.

Advertisements

Selain itu katanya, terus duduk di rumah jika tiada hal penting di luar.

“Bersama-sama kita dapat memutuskan rantai transmisi Covid-19. 

“Kita mesti bersatu dan bersama-sama perjuangan akan terus berlangsung Insya Allah,” tambahnya.

Kes Covid-19 mula direkodkan di Malaysia pada 25 Januari 2020 melibatkan pelancong China yang memasuki Johor dari Singapura berikutan penularan wabak itu di Hubei. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan