Friday, July 24, 2026

Terpalit kontroversi, Shuk digantung tugas penyampai Hot FM serta merta

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Berikutan kontroversi membabitkan Mohammad Shukri Mohamed Sahar atau lebih dikenali sebagai Shuk, pengacara dan pelawak itu digantung kerja serta merta sebagai penyampai radio Hot FM di slot Geng Pagi Hot.

Perkara itu disahkan pihak pengurusan stesen radio Hot FM dalam kenyataan hari ini.

Kata kenyataan itu, penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio stesen itu adalah bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman berkaitan isu membabitkannya yang kini tular di media sosial.

Dimaklumkan juga, perkembangan terkini penggantungan Shuk akan diumumkan oleh pihak pengurusan Hot FM selepas siasatan dalaman selesai.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai pergolakan semula rumah tangga Shuk apabila isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah membuat pendedahan berani mendakwa suaminya kembali curang.

Menerusi beberapa perkongsian hantaran yang dimuat naik Rossalennah menerusi Intagramnya mendedahkan Shuk masih lagi curang bersama wanita lain.

Rossalennah juga mendakwa suaminya itu masih lagi menjalin huhungan dengan wanita sama yang pernah dikaitkan sebelum ini.

Shuk dan Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berumur setahun.

Related posts:

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan