32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

UMNO tidak akan tunduk, dibuli atau dibeli – Zahid

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan UMNO sama sekali tidak akan menyerah kalah sebaliknya sedang berusaha untuk bangkit.

Menurut beliau, UMNO juga tidak akan tunduk, dibuli atau dibeli oleh mana-mana pihak.

“UMNO berusaha bangkit dan insya-Allah kebangkitan UMNO sedang berlaku.

“UMNO bangkit dalam diam penuh hikmah. UMNO bangkit tanpa melukut di tepi gantang,” kata beliau menerusi akaun Telegramnya, semalam.

Jelas Ahmad Zahid, UMNO bukan parti tidak sedarkan diri, bukan lemah malah UMNO tahu apa yang sepatutnya mereka tahu.

Katanya, UMNO tahu suatu ketika ia pernah tewas angkara fitnah dan pembohongan dan parti itu cekal terhadap kebenaran serta akan terus menegak kebenaran.

“Bertawakkal kepada Tuhan. UMNO tahu apa yang patut dilakukan. Pisang tidak berbuah dua kali.

“UMNO tetap mara. Dengan izin-Nya lambang kita yang gagah akan terus dipandang mulia dan indah.

Sejak akhir-akhir ini kepimpinan Ahmad Zahid terus ditekan dari luar dan dalam parti kerana dikatakan gagal membangkitkan semula UMNO sejak menerajui parti selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Tindakan beliau yang enggan menjalin kerjasama dengan Bersatu menghadapi PRU-15 telah ditentang oleh beberapa pemimpin UMNO sendiri.

Antara yang lantang mengkritik kepimpinan beliau ialah bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa.

Terbaru, Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris menilai UMNO bersikap sombong apabila enggan bekerjasama dengan parti Melayu lain.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Papagomo itu berkata, jika UMNO terus bersikap sedemikian apa yang berlaku pada tahun 1999 akan berulang apabila parti itu ‘diselamatkan’ oleh undi kaum bukan Melayu.

Walaupun UMNO enggan bekerjasama dengan Bersatu, namun Zahid beberapa kali menegaskan parti itu kekal bersama Pas dalam Muafakat Nasional. – Edisi 9

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH/BN wakili kerajaan perpaduan

CALON Pakatan Harapan/Barisan Nasional (PH/BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu akan mewakili...

Lagi Artikel Berkaitan