31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Zahid istiqamah walaupun difitnah dari dalam, luar parti

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tetap istiqamah walaupun diserang secara bertubi-tubi dari dalam dan luar parti.

Menurut beliau, kekuatan UMNO sebenarnya dibentengi oleh akar umbi yang tetapu utuh walaupun pemimpin-pemimpin parti cuba dimusnahkan.

“Saya tetap istiqamah biarpun peluru-peluru fitnah dan roket-roket penjahanam UMNO dari setiap sudut dalaman dan luaran dihamburkan bertubi-tubi kepada saya.

“Kekuatan UMNO sebenar (datang) dari benteng-benteng di akar umbi. Biarpun pemimpin-pemimpinnya cuba dimusnahkan, namun bentengnya tetap utuh,” tegas beliau menerusi akaun twitternya hari ini.

Sebelum ini bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa mendakwa Zahid bersama Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai gerakan membawa UMNO menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Annuar mendakwa perkara itu terbongkar menerusi satu surat akuan bersumpah daripada kedua-dua pemimpin UMNO terbabit kepada Yang di-Pertuan Agong yang menyatakan persetujuan mereka mengangkat Anwar sebagai pengganti Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Baca juga:   DBKL tambah CCTV, siren sistem amaran awal banjir

Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan oleh Zahid dan Najib.

Semalam, Astro Awani membangkitkan kembali isu tersebut dengan mendakwa Najib sebagai dalang utama di sebalik surat sokongan kepada Anwar tersebut berdasarkan satu sumber yang tidak didedahkan.

Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebelum ini dicadangkan oleh seorang pemimpin Pemuda UMNO agar berundur sebagai presiden ketika parti itu tidak mempunyai hala tuju masa depan yang jelas di bawah pimpinannya.

Baca juga:   Batal puasa jika suntik Liraglutide - Bekas mufti

Seruan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Mohd Helmi Buang itu juga ditujukan kepada para pemimpin lain yang sudah berpenggal-penggal memegang jawatan tertinggi bagi memberikan ruang kepada generasi baru.

Zahid kini menjalani kuarantin kendiri selepas menjalani ujian calitan Covid-19 di sebuah hospital swasta di Shah Alam. Bagaimanapun hasil ujian tersebut masih belum diketahui.

“Doakan semoga saya dan seluruh ahli keluarga saya tidak dijangkiti wabak Covid-19,” tulis beliau.

Ujian itu dilakukan beliau berikutan beberapa pemimpin UMNO disahkan positif jangkitan wabak tersebut, termasuk Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Principal lancar Dana, pelaburan mampan patuh syariah

PRINCIPAL Malaysia (Principal) memperkenalkan dana pelaburan patuh syariah yang direka untuk memenuhi permintaan pelabur Malaysia bagi pelaburan mampan yang...

Lagi Artikel Berkaitan