31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

‘Orang dalam’ ganti Amir Hamzah sebagai CEO TNB

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Datuk Ir. Baharin Din telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang baharu menggantikan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Menurut sumber, pemilihan Baharin dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu yang diadakan hari ini.

Baharin, lulusan Syracuse University, AS dan Bond University, Australia merupakan Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB sejak Ogos 2018.

Beliau akan memulakan tugas baharunya mulai 1 Mac ini.

Sementara itu Amir Hamzah yang dilantik sebagai Presiden dan CEO TNB ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) ‘dipindahkan’ ke Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan jawatan yang sama.

KWSP dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, pelantikan itu dibuat oleh Lembaga KWSP dengan kelulusan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau akan menggantikan Tunku Alizakri Alias yang menjadi orang nombor satu KWSP sejak 20 Ogos 2018. – Edisi 9

Baca juga:   TNB serah bantuan RM250,000 kepada mangsa banjir di Johor

Wartawan

Terkini

Principal lancar Dana, pelaburan mampan patuh syariah

PRINCIPAL Malaysia (Principal) memperkenalkan dana pelaburan patuh syariah yang direka untuk memenuhi permintaan pelabur Malaysia bagi pelaburan mampan yang...

Lagi Artikel Berkaitan