24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Amir Hamzah CEO baharu KWSP, Tunku Alizakri ke mana?

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa 1 Mac ini.

Pelantikan itu dibuat oleh Lembaga KWSP dengan kelulusan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau akan menggantikan Tunku Alizakri Alias yang menjadi orang nombor satu KWSP sejak 20 Ogos 2018.

Amir Hamzah merupakan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan (Kewangan dan Ekonomi) daripada Universiti Syracuse, New York.

Pengalamannya juga sangat luas dan pernah meneraji beberapa organisasi korporat selama 25 tahun.

Kerjaya beliau bermula dengan menyertai Kumpulan Shell dan seterusnya telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif beberapa organisasi korporat
antaranya MISC Berhad, PETRONAS Dagangan Berhad, PETRONAS Lubricants International, Icon Offshore Berhad dan Themed Attractions Resorts and Hotels Sdn Bhd.

Jadi, selepas meninggalkan KWSP, ke mana pula Tunku Alizakri akan pergi?

Advertisements

Berhubung perkara itu, Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, Tunku Alizakri akan meneruskan sumbangannya terhadap perkhidmatan awam melalui kapasiti yang berbeza.

“Dengan berat hati, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan ucapan selamat maju jaya kepada Tunku Alizakri atas dedikasi dan sumbangan beliau selama tujuh tahun, bermula sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Strategi) dan kemudian sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KWSP.

“Wawasan serta komitmen Tunku Alizakri kepada semua pihak berkepentingan terutama ahli-ahli KWSP boleh dilihat melalui hala tuju KWSP dalam mempertingkatkan kecekapan operasinya melalui pecutan digital, mengguna pakai dasar dan tadbir urus alam sekitar (ESG) dan kelestarian sebagai metrik utama, serta memperkasakan keselamatan sosial dan kesejahteraan bagi masyarakat Malaysia,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Ahmad Badri turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada Tunku Alizakri atas perkhidmatan yang cemerlang kepada KWSP.

Pada masa yang sama, beliau mengucapkan ucapan tahniah kepada Amir Hamzah atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KWSP yang baharu.

“Kami mengalu-alukan kehadiran beliau untuk menerajui organisasi ini dan percaya ciri-ciri kepimpinan dinamik yang beliau miliki serta pengalaman yang luas mampu membantu KWSP di kala mengharungi detik-detik masa kini yang sangat kompleks dan mencabar dalam sejarah KWSP,” jelasnya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan