31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Betulkah bahan kempen PN dicetak semasa PRN Sabah?

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kesal dengan tuduhan pihak tertentu kononnya Perikatan Nasional (PN) sedang membuat persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Tuduhan itu timbul berikutan gambar dan rakaman video yang tular dalam media sosial sejak beberapa hari lalu menunjukkan bahan-bahan kempen PN sedang dicetak.

Akibatnya, rakyat mula mempersoalkan bolehkah parti pemerintah membuat persediaan menghadapi pilihan raya ketika Darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di seluruh negara.

Bagi menjawab persoalan itu, Wan Ahmad Fayhsal hanya ada satu jawapan: “FITNAH! Itu gambar lama.”

Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu dalam hantaran Facebook miliknya semalam menjelaskan, tanda pagar #AbahKitaBah adalah slogan yang digunakan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tahun lalu.

“Saya harap agar fitnah sebegini dihentikan dan tidak sekali-kali dijadikan amalan.

“Fokus kepada khidmat masyarakat, ringankan beban rakyat, bukan tambah beban dosa,” katanya dengan begitu yakin sekali.

Baiklah, kita boleh menerima penjelasan Wan Ahmad Fayhsal itu dengan berlapang dada dan hati terbuka.

Cuma ada satu lagi soalan yang bermain di minda: Benarkah semua bahan kempen tersebut dicetak semasa musim PRN Sabah?

Dalam video dan gambar yang tular tersebut, tertera dengan jelas tanda pagar #kitajagakita selain tulisan ‘UNDILAH PERIKATAN NASIONAL’ pada bendera yang tersusun dengan kemas.

Tidak dapat dipastikan bila bahan-bahan kempen pilihan raya dalam video dan gambar berkenaan dicetak.

Mungkin juga dilakukan semasa PRN Sabah tahun lalu atau pada masa yang lain.

Elok juga kalau Wan Ahmad Fayhsal meneliti semula gambar tersebut supaya dapat memberi maklum balas yang lebih relevan dengan isu yang dibangkitkan orang ramai.

Selain itu, gambar-gambar beberapa pemimpin PN termasuk dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam majlis-majlis berunsur politik turut bergentayangan dalam media sosial.

Tidak pasti sekiranya ada pengecualian bagi penganjuran acara politik sepanjang tempoh Darurat dan PKP.

Setakat ini, Perhimpunan Agung UMNO 2020 masih lagi tertangguh walaupun parti itu dijadualkan mengadakan mesyuarat peringkat cawangan selewat-lewatnya sebelum Jun setiap tahun. – EDISI 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan