25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Najib harap ura-ura mahu jual AIM tak benar

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap ura-ura tentang rancangan kerajaan untuk menjual Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) kepada pihak swasta adalah tidak benar.

Menurut beliau, langkah itu sekiranya dilakukan adalah sesuatu yang mengejutkan.

“Berjuta rakyat berhutang budi pada skim mikrokredit AIM. Berpuluh ribu usahawan dan peniaga kecil dilahirkan AIM.

“Rekod AIM amat baik. Lebih 99.2 peratus peminjam berjaya melunaskan hutang kepada AIM,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Ahli Parlimen Pekan itu mengulas tentang laporan Malaysiakini berhubung terdapat perbincangan dalam kalangan Ahli-ahli Lembaga AIM untuk menukar status badan amanah tersebut kepada sebuah syarikat.

Sumber yang mengetahui perbincangan tersebut memberitahu Malaysiakini antara sebabnya kerana, Amanah Ikhtiar Malaysia perlu membayar baki hutang kira-kira RM600 juta kepada kerajaan atau ia berisiko diambil alih kerajaan.

Cadangan penyelesaian adalah untuk bergantung kepada Ace Group, sebuah syarikat konglomerat yang menawarkan perkhidmatan kewangan termasuk hartanah, saham dan sebagainya.

Ace Group dikatakan dapat membantu Amanah Ikhtiar Malaysia untuk membayar hutang RM600 juta kepada kerajaan, namun sebagai pertukaran, mereka akan menawarkan ekuiti setelah badan amanah itu ditukarkan menjadi syarikat.

Walau bagaimanapun, butiran mengenai jumlah hak milik ekuiti tidak diperincikan dalam mesyuarat.

Advertisements

Mengulas lanjut, Najib memberitahu, AIM dimulakan dengan pinjaman RM858 juta daripada kerajaan.

Beliau menambah, dari semasa ke semasa Amanah Ikhtiar Malaysia telah menggunakan keuntungan mereka untuk membayar balik pinjaman ini mengikut kemampuan mereka walaupun tidak pernah dituntut oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu.

Seperti diperincikan oleh Najib, bayaran Amanah Ikhtiar Malaysia kepada kerajaan adalah seperti berikut:

2010: Kerajaan salur lagi RM165 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia
2011: RM20 juta dibayar kembali tapi kerajaan salur RM120 juta lagi
2012: RM45 juta
2013: RM10 juta
2015: RM2 juta
2016: RM7 juta
2017: RM8 juta

Walau bagaimanapun, jelas beliau, setelah kerajaan bertukar:

2019: RM14.5 juta dibayar Amanah Ikhtiar Malaysia kepada kerajaan

Februari 2021: RM100 juta dibayar Amanah Ikhtiar Malaysia kepada kerajaan.

Najib berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) sepatutnya menyalurkan lebih banyak dana kepada AIM untuk dipinjam semula kepada peniaga kecil.

“Bukan minta AIM membayar balik kepada kerajaan pulak,” jelasnya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan