25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Bantu rakyat, pulih ekonomi tumpuan kerajaan PN

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9


Oleh MOHAMAD ASRI

KETIKA mula membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) setahun lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dikecam hebat oleh Pakatan Harapan (PH) disebabkan terlalu kecewa dan marah kerana sempat memerintah selama 22 bulan sahaja.

Pelbagai cercaan, kata nista dan penghinaan dilemparkan ke atas kerajaan PN yang dibentuk atas dasar muafakat tiga parti Melayu/Islam terbesar iaitu UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas.

Di sebalik segala jenis kecaman daripada pembangkang, rakyat Malaysia terus memberi sokongan padu kepada kerajaan khususnya ketika negara berhadapan dengan pandemik Covid-19 yang memberi kesan besar kepada kesihatan, kehidupan dan ekonomi rakyat.

Pandemik menyebabkan seluruh kehidupan rakyat di negara ini berubah sekelip mata. Rakyat berhadapan dengan dugaan besar kehilangan sumber pendapatan dan mata pencarian dan pada masa yang sama bergelut meneruskan kehidupan seharian.

Bagaimanapun segala dugaan ini tidak sedikitpun mematahkan semangat dan merencatkan fokus kerajaan untuk berkhidmat dan membantu kebajikan rakyat dalam waktu-waktu sukar ini.

Sejak pandemik Covid-19 melanda negara, kerajaan PN telah memperkenalkan sekurang-kurangnya lima pakej rangsangan ekonomi bernilai lebih RM300 bilion bagi membantu rakyat meneruskan kehidupan seharian serta merancakkan kembali sektor ekonomi yang terjejas teruk.

Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika meninjau peniaga kecil di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Rakyat dan masyarakat peniaga tidak kira sama ada peniaga kecil, penjaja, perusahaan kecil dan sederhana (IKS) atau sektor ekonomi lain memperoleh manfaat langsung daripada pakej bantuan ini.

Kerajaan turut memperuntukkan sejumlah RM322.5 bilion dalam Belanjawan 2021 yang merupakan belanjawan terbesar dalam sejarah negara.

Advertisements

Belanjawan ini memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat terutama daripada golongan B40 dan M40 seperti penjawat awam, pekerja swasta, petani, nelayan, belia, warga emas, ibu tunggal, golongan orang kurang upaya (OKU), peniaga kecil, dan penjaja.

Belanjawan ini turut memberi manfaat kepada seluruh petugas barisan hadapan negara yang bertungkus lumus ketika negara berhadapan pandemik tersebut.

Selain daripada itu kerajaan PN turut memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup.

Nilai keseluruhan inisiatif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun ini dan tahun depan sahaja berjumlah RM61 bilion.

Inisiatif tersebut meliputi program i-Sinar (RM14 bilion), program i-Lestari (RM30 bilion), pengurangan caruman pekerja kepada tujuh peratus bagi tahun 2020 bernilai RM8 bilion.

Sementara pengurangan caruman kepada sembilan peratus bagi tahun 2021 pula dianggarkan sebanyak RM9 bilion.

Di sebalik pelbagai cabaran kesihatan awam dan politik, kerajaan PN tidak hilang fokus dan berfungsi sebagai sebuah kerajaan yang mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat.

Pada masa yang sama berusaha keras untuk memulihkan kembali ekonomi negara yang terkesan teruk akibat pandemik Covid-19.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan