28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

JDT terus gah di bawah naungan Tunku Ismail

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

SEJAK penghujung 2012, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak pernah mengenal erti penat dan lelah dalam usaha baginda memperkasakan pasukan JDT.

Jika lebih lapan tahun lalu, JDT dianggap sebagai pasukan yang ‘biasa-biasa’ sahaja dalam arena bola sepak tempatan.

Kini, hasil komitmen Tunku Ismail, pasukan yang terkenal dengan gelaran Harimau Selatan itu bukan sahaja gah di Malaysia malah namanya cukupnya digeruni di peringkat Asia.

Gambar: Facebook Harimau Selatan

JDT atau nama penuhnya Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim mula mempamerkan prestasi cemerlang selepas berada di bawah naungan Tunku Mahkota Johor.

Dalam masa beberapa bulan selepas baginda menerajui Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), banyak rombakan dilakukan dalam badan tersebut bagi memastikan kegemilangan Johor dalam saingan bola sepak tanah air.

Penggabungan dua kelab bola sepak iaitu Johor FA dan Johor FC telah melahirkan pasukan JDT sebagai satu-satunya kelab yang mewakili negeri itu dalam gelanggang bola sepak profesional di Malaysia.

Pada mulanya, ramai yang mengkritik pelbagai inisiatif yang diilhamkan oleh Tunku Ismal bagi menjadikan JDT sebuah pasukan yang gah.

Namun, akhirnya mereka terdiam apabila skuad Harimau Selatan buat julung-julung kalinya memenangi gelaran juara Liga Super pada Jun 2014.

Pada 31 Januari 2015, JDT yang kali pertama beraksi dalam Piala Sumbangsih berjaya menewaskan Pahang dengan jaringan 2-0.

Kelab itu juga membuat penampilan sulung dalam cabaran Piala AFC dengan membelasah East Bengal FC dengan jaringan 4-1 dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan pada 24 Februari 2015.

Tidak cukup dengan itu, pada 31 Oktober 2015, JDT menjadi pasukan yang pertama dari Malaysia beraksi dalam perlawanan akhir Piala AFC.

Kejayaan skuad Harimau Selatan menumpaskan pasukan FC Istiklok 1-0 dalam pertembungan di gelanggang lawan di Dushanbe, Tajikistan telah mengharumkan nama negara.

JDT bukan sahaja pasukan Malaysia yang pertama memenangi Piala AFC malah kejayaan itu mencatatkan nama JDT dalam lembaran sejarah sebagai kelab Asia Tenggara yang pertama menjulang piala berprestij bola sepak Asia tersebut.

Secara keseluruhan, skuad Harimau Selatan berjaya merangkul gelaran juara Liga Super sebanyak tujuh kali iaitu pada 2014, 2015, 2016, 2017, 2018, 2019 dan 2020 selain membawa pulang Piala Malaysia pada 2017 dan 2019.

Kelab tersebut juga memenangi Piala Sumbangsih sebanyak tujuh kali pada 2015, 2016, 2018, 2019 dan 2020 serta menjuarai Piala FA pada 2016.

JDT
Stadium Sultan Ibrahim.

Stadium Sultan Ibrahim yang merupakan gelanggang JDT turut menjadi sebutan di seluruh dunia setelah disenaraikan sebagai antara 10 stadium bola sepak terbaik di dunia oleh laman sesawang StadiumDB.com baru-baru ini.

Sememangnya, kegigihan Tunku Ismail dalam melonjakkan martabat JDT telah membuahkan hasil yang sangat memberangsangkan.

Semoga JDT bertambah mantap di peringkat kebangsaan dan antarabangsa pada tahun-tahun mendatang. – EDISI 9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan