32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kaji semula kaedah lantikan Peguam Negara – Mohamad

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

KUALA LUMPUR – Buku My Story: Justice in the Wilderness tulisan Tan Sri Tommy Thomas telah mendedahkan bahawa betapa maha berkuasanya seseorang berjawatan Peguam Negara dan institusinya.

Manakala perincian segala peristiwa yang dinyatakan dalam buku tersebut memaparkan betapa meluasnya pengaruh Peguam Negara serta jabatannya dalam pentadbiran undang-undang negara.

Itulah penilaian Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berdasarkan memoir tersebut.

Justeru beliau menggesa kerajaan mengkaji semua kaedah pelantikan seorang Peguam Negara serta memisahkan jawatan itu dengan Pendakwa Raya.

Menurut beliau, perlantikan seorang Peguam Negara atas prerogatif mutlak seorang Perdana Menteri wajar dinilai semula.

“Lebih merisaukan bila pencalonan datang dari individu tertentu yang berkepentingan dan melalui perbualan dengan Perdana Menteri seperti yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.

Advertisements

“Malaysia mesti mempunyai tatacara perlantikan yang menepati segala ciri ketelusan dan kompetensi bagi jawatan berkepentingan awam dengan kuasa yang luar biasa seperti Peguam Negara,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu mengulas kontroversi buku My Story: Justice in the Wilderness yang ditulis oleh Peguam Negara ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu.

Mohamad berkata, pemisahan jawatan Peguam Negara dan Pendakwa Raya perlu dibuat bagi mengehadkan pemusatan segala kuasa kepada seorang individu.

“Mungkin wajar untuk kerajaan mempertimbangkan pemisahan peranan tersebut dengan melantik Peguam Negara dan Pendakwa Raya bagi menjalankan fungsi yang berbeza.

“Walaupun saya realistik bahawa meminda perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan memerlukan sokongan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan adalah sukar.

“Namun persediaan ke arah matlamat tersebut mesti dilakukan demi pelaksanaan dan pentadbiran undang-undang yang dihormati dan berwibawa,” tegas beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan