31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

1 juta kediaman kini dilengkapi meter pintar TNB

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1 juta kediaman terutama di Lembah Klang dan Melaka telah dilengkapi dengan meter pintar Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak kerja-kerja pemasangan dimulakan empat tahun lalu.

Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB, Datuk Ir. Baharin Din berkata, penggunaan meter pintar itu adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan bagi menambah baik perkhidmatan kepada pengguna melalui penyediaan akses, ketelusan dan kawalan penggunaan tenaga lebih baik.

“Di sebalik cabaran yang dihadapi pada tahun 2020, saya berbangga dengan kemajuan kami yang selaras dengan sasaran pemasangan 1.5 juta unit menjelang penghujung tahun 2021.

“Pelanggan kami merupakan faktor terbesar, yang memainkan peranan penting terhadap kejayaan pemasangan meter pintar di seluruh negara memandangkan mereka kini terus mencari lebih banyak cara bagi memperkasakan diri mereka dalam mengurus penggunaan tenaga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baharin berkata, bagi tahun 2021, pihaknya lebih ramai pengguna dapat memantau kehidupan mereka menerusi penggunaan meter pintar dan membuat pilihan yang cekap tenaga untuk mereka dan negera keseluruhannya, untuk masa depan yang lebih hijau dan tenaga yang lebih lestari.

Baca juga:   Hubungan UMNO-Pas masih baik, kata Ismail Sabri

Selain itu, jelas beliau, TNB juga merekodkan peningkatan jumlah pengguna myTNB yang ketara, daripada 1.4 juta kepada 4.7 juta, iaitu 236 peratus peningkatan daripada Disember 2019 hingga Disember 2020.
“Platform myTNB membolehkan pemilik rumah menyemak dan membayar bil mereka secara digital,” katanya.

Baca juga:   PN nafi keluar kenyataan calonkan Ahmad Faizal sebagai PM

Beliau berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah membantu lebih ramai pengguna memanfaat platform digital MYTNB untuk menguruskan akaun dan penggunaan tenaga mereka.

Selain pembayaran menerusi MyTNB, pengguna yang mempunyai meter pintar di kediaman kini dapat memantau penggunaan elektrik harian mereka, tambah Baharin.

“TNB berharap dapat meluaskan pemasangan meter pintar di Lembah Klang pada tahun 2021, dengan perancangan untuk membawa pemasangan meter ini di lokasi-lokasi lain di seluruh Malaysia tidak lama lagi,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Tiga terbunuh, nahas kereta bertembung di Pontian

TIGA terbunuh dalam nahas di Kilometer 5.7 Jalan Parit Semerah – Parit Kudus, di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit...

Lagi Artikel Berkaitan