25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Cerca pemimpin, netizen perlu lebih berhemah – PINTAR

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9


Oleh PROF. DR. MOHD ROSLAN MOHD NOR

PERTUBUHAN Intelektual Negara (PINTAR) melihat bahawa para netizen perlu diberi nasihat dan peringatan dalam memberikan komen-komen dalam media sosial terutama dalam keadaan sekarang ketikamana kita masih lagi berada dalam tempoh PKP 2.0 ini.

Kita harus membuat refleksi terhadap pandemik Covid-19 yang mana ianya bukan hanya berlaku di Malaysia tetapi ianya adalah merupakan satu pandemik yang bersifat global, merentas negara dan dan benua.

Satu contoh yang ramai dapat perhatikan adalah komen ataupun cercaan seorang netizen terhadap lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia ke Indonesia di atas jemputan Presiden Republik Indonesia yang berjalan pada 4-5 Februari yang lepas.

Lawatan tersebut merupakan lawatan yang penting untuk mengukuhkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin di antara Malaysia dan Indonesia, yang merangkumi pelbagai perkara utama termasuklah usahasama menangani Covid-19.

Ianya bukan lawatan peribadi mahupun untuk bercuti. Ia adalah menjalankan tugas negara. Sudah tentu menjadi tanggungjawab pemimpin untuk menjalankan tugas sebaiknya demi menjaga nama baik negara ini.

Pihak pejabat Perdana Menteri juga telah menjelaskan dengan begitu terperinci sekali mengenai SOP yang berkaitan dengan lawatan tersebut di mana ia melibatkan jumlah rombongan minimum, menggunakan pesawat kerajaan, ahli rombongan tidak dibenarkan ke tempat-tempat lain, melakukan swab test, kuarantin dan sebagainya yang berkait dengan pencegahan penularan wabak Covid-19.

Malangnya terdapat beberapa golongan yang tidak bertanggungjawab memberikan komentar yang mencemarkan imej negara dengan menggunakan perkataan-perkataan yang sangat memalukan.

Komen-komen menggunakan perkataan jelek ini sebenarnya secara langsung menunjukkan tiadanya penghayatan kepada Rukun Negara kita, iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

Di manakan kesopanan dan kesusilaan tersebut apabila komen-komen perkataan jelek ini digunakan?

Contoh lain, terdapat juga terdapat para netizen yang seakan tidak menghormati Istana Negara apabila dengan beraninya ‘menyerang’ pentadbiran kerajaan melalui Facebook rasmi Istana Negara. Ini memberi indikasi bahawa mereka tidak menghormati kebijaksanaan YDPA dalam melantik Perdana Menteri.

Perkara sebegini jika dibiarkan boleh merosakkan sistem kemasyarakatan negara kita dengan kebebasan tanpa batasan yang seakan tidak mempunyai sistem kawalan.

Kita mahukan supaya semua lapisan masyarakat dapat menjiwai Rukunegara, kesopanan dan kesusilaan yang seharusnya menjadi teras utama rakyat negara ini.

Oleh itu, PINTAR ingin menasihatkan agar para netizen supaya lebih berhemah dan menjaga setiap perkataan yang diungkapkan.

PINTAR juga menggesa pihak kerajaan yang berkaitan untuk mengambil tindakan-tindakan yang perlu bagi memberikan kesedaran kepada rakyat mengenai implikasi yang mereka terpaksa hadapi sekiranya tidak mengawal amarah dan emosi terutama ketika memberikan komen-komen dalam laman sosial.

  • Penulis adalah Presiden Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR). Artikel ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Edisi 9.

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan