27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Ingatkan PN beri komputer riba percuma, rupa-rupanya pinjaman

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Mungkin ramai yang tidak mengetahui ‘pemberian’ 150,000 unit komputer riba melalui inisiatif Cerdik yang diumumkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebenarnya dalam bentuk pinjaman.

Boleh dikatakan kaedah pemberiannya seperti skim pinjaman buku teks sekolah.

Perkara itu dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam laman Facebook miliknya malam ini.

Seperti yang dijelaskan oleh Bossku, pelaksanaan inisiatif Cerdik pada masa ini terhad di Kedah, Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Kelantan, Sabah dan Sarawak sahaja.

Maknanya, belum lagi meluas di seluruh negara dan negeri-negeri lain tunggulah giliran yang entah bila akan tiba.

Najib menambah, komputer tetap milik kerajaan dan denda sebanyak RM300 akan dikenakan jika peranti itu hilang atau rosak.

“Jika dulu kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu beri (bukan pinjam) 1.7 juta netbook 1Malaysia kepada murid-murid sekolah dan guru, kenapa kerajaan PN tak gunakan kaedah yang saya saran hari itu untuk memberi dua juta notebook kepada murid-murid sekolah untuk menghadapi pembelajaran atas talian dalam pandemik COVID-19 ini?” beliau bertanya.

Najib turut berkongsi pautan ke hantaran Facebook beliau yang terdahulu bertajuk “Cara menyelesaikan masalah kekurangan komputer bagi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).”

Berdasarkan maklumat dalam portal Cerdik, prosedur pemilikan komputer riba, komputer tablet, dan sambungan data melalui Cerdik adalah mirip kepada program Skim Pinjaman Buku Teks.

Advertisements

Pakej peranti dan sambungan data akan disumbangkan kepada pihak sekolah yang seterusnya akan dipinjamkan kepada murid yang terpilih.

Murid dan ibu bapa akan dimaklumkan sebelum peranti diedarkan manakala kerjasama ibu bapa adalah dimohon untuk memastikan peranti diguna dengan betul.

Pemilihan sekolah oleh Kementerian Pendidikan akan ditentukan berdasarkan pendapatan isi rumah dan tahap akademik murid.

Sekolah-sekolah tersebut haruslah berada dalam kawasan yang mempunyai capaian internet sedia ada, serta berada dalam lingkungan jarak yang wajar antara satu sama lain bagi memudahkan pelaksanaan program dan penyaluran khidmat sokongan.

Senarai sekolah yang terpilih bagi inisiatif Cerdik akan dimaklumkan dalam jangka masa yang terdekat.

Semua murid yang berkelayakan dari kohort terpilih di sekolah-sekolah terpilih akan dibekalkan dengan peranti digital.

Berikut adalah kriteria bagi murid:

  • Golongan terpinggir (B40, ibu bapa tunggal, keperluan khas, Orang Asli)
  • Dari isi rumah dengan pendapatan ≤ RM4,849/bulan
  • Tidak mempunyai akses terhadap pembelajaran atas talian.

Jika difikir-fikirkan semula, memang patutlah ramai yang kata mereka rindu zaman Najib. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Politeknik Sultan Idris Shah pertahan gelaran FIRA Malaysia

POLITEKNIK Sultan Idris Shah (PSIS), Selangor berjaya mempertahankan kejuaraan keseluruhan Piala Federation of International Robot Soccer Association (FIRA) Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan