31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Langgar SOP: Rakyat kena denda, menteri buat selamba

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Nampaknya peraturan melarang orang ramai berkumpul ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 hanya berlaku terhadap rakyat marhain sahaja.

Manakala menteri Kabinet pula dengan bebas dan berleluasa untuk berkumpul dan mengadakan program bersama rakyat melibatkan jumlah yang ramai.

Tak guna Majlis Keselamatan Negara (MKN) siang malam menghantai pesanan kepada rakyat agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta larangan mengadakan perhimpunan ramai sekiranya menteri boleh sahaja melanggar segala peraturan.

Apakah menteri-menteri Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) ini begitu kebal terhadap undang-undang sehinggakan mereka bebas melanggar PKP dan prosedur operasi (SOP)?

Bukan sekali dua, malah acap kali para menteri selamba melanggar PKP dan SOP yang ditetapkan oleh mereka sendiri sebagai kerajaan, kemudian berkongsi pula dalam media sosial untuk ditatap oleh rakyat tanpa rasa bersalah.

Terbaharu, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohd Azmin Ali selamba mengadakan program bertemu rakyat untuk menyampaikan sumbangan sempena Tahun Baharu Cina, semalam.

Mengikut hantaran dalam Facebook Ahli Parlimen Gombak itu, bukan satu lokasi tetapi empat lokasi berbeza dengan jumlah kehadiran sehingga 500 orang bagi setiap satu majlis telah diadakan.

Beliau mengadakan pertemuan dengan masyarakat Cina melibatkan 500 orang di Bukit Antarabangsa, 500 di Taman Sri Gombak, 500 di Sungai Tua serta 500 lagi di Taman Industri Bolton. Kesemua majlis itu dipercayai diadakan pada hari yang sama.

Tambah membimbangkan rata-rata masyarakat Cina yang menghadiri majlis-majlis tersebut terdiri daripada warga emas iaitu golongan yang paling mudah dijangkiti dan berisiko tinggi.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Mohd Zahid Hamidi hairan bagaimana menteri boleh bebas melakukan aktiviti berkumpulan sehingga melibatkan 500 orang, sedangkan rakyat takut untuk keluar kerana bimbang didenda minimum RM1,000.

Advertisements

“Mana-mana lokasi pun sama. Pasar malam, kedai runcit, pasar raya, stesen minyak, kedai ubat, kedai menjual santan. Perlu lihat kiri dan kanan. Wajib menjaga jarak.

“Tetapi semalam ada Menteri dilaporkan bertemu 500 penduduk di Hulu Langat. Pada perkiraan saya 500 orang itu sangat ramai jumlahnya.

“Saya tahu untuk sampaikan sumbangan. Terima kasih diucapkan. Bukan saja sumbangan, tetapi pemberian peruntukan RM30,000,” katanya menerusi Telegram, petang ini.

Beliau berkata, jika rakyat diminta melakukan aktiviti secara dalam talian sama ada bekerja, sekolah atau mesyuarat tetapi seorang menteri boleh sahaja turun padang memberi sumbangan secara fizikal.

“Ini yang menjadi persoalan dalam kalangan rakyat. Saya memantau komen di Facebook ramai mengatakan ini double standard.

“Saya juga tertanya-tanya perlukah Menteri ini dikenakan kompaun? Kelihatan mengingkari arahan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Sebelum ini beberapa menteri turut ditegur oleh rakyat kerana bersikap selamba terhadap peraturan PKP dan melanggar SOP, sedangkan tindakan tegas dan segera terus diambil terhadap rakyat biasa yang melakukan kesalahan serupa.

Tidak hairan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin teruk dikecam oleh rakyat Malaysia dalam media sosial milik Presiden Indonesia, Joko Widodo kerana melihat “kelemahan” pentadbiran kerajaannya menangani Covid-19.

Hari ini, keluar pula arahan yang membenarkan menteri Kabinet yang baru pulang dari luar negara untuk menjalani kuarantin selama tiga hari sahaja, berbanding tujuh hingga 14 hari yang dikenakan terhadap rakyat biasa. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan