28.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 6, 2022

Menteri cuma kuarantin 3 hari lepas balik luar negara

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Mulai 9 Februari 2021, mana-mana menteri Kabinet hanya perlu menjalani pemerhatian selama tiga hari atau menjalani pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai selepas kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara.

Pengecualian itu dinyatakan dalam Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021 yang diwartakan pada 8 Februari.

Perintah yang dibuat pada 2 Februari lalu itu dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan merupakan sebahagian daripada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Ia terkandung dalam Warta Kerajaan Persekutuan yang boleh diakses melalui portal Pejabat Peguam Negara.

Kandungan penuh perintah berkenaan adalah seperti berikut:

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 29 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342], Menteri membuat perintah yang berikut:

Nama dan permulaan kuat kuasa
  1. (1) Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021. (2) Perintah ini berkuat kuasa bagi tempoh mulai 9 Februari 2021 hingga 1 Ogos 2021.
Baca juga:   Tengku Zafrul boleh jadi ‘poster boy’ BN Selangor - Jamal
Pengecualian
  1. Tertakluk kepada perenggan 3, Menteri mengecualikan Jemaah Menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara daripada pemakaian seksyen 15 akta.
Syarat pengecualian
  1. Jemaah Menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara hendaklah menjalani pemerhatian selama tiga hari atau menjalani pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.
Baca juga:   Pelajar cemerlang SPM 2021 bekerja sambilan bantu ibu bapa

Dibuat 2 Februari 2021
[KKM.600-29/4/146/ Jld.2(30); PN(PU2)470/VI]

DATO’ SRI DR. ADHAM BIN BABA
Menteri Kesihatan

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada pengecualian itu terpakai kepada pegawai dan kakitangan yang mengiringi menteri Kabinet ke luar negara.

Adakah mereka masih perlu menjalani tempoh kuarantin seperti biasa atau tiga hari juga seperti bos mereka?

Perkara itu tidak dinyatakan dalam perintah tersebut.

Setakat ini, tidak diketahui apa reaksi orang ramai terhadap perintah yang menyaksikan terdapat peraturan berbeza terhadap menteri Kabinet dan rakyat biasa.

Wajarkah menteri Kabinet ke luar negara dalam situasi pandemik yang masih belum surut ketika ini? – EDISI 9

Wartawan

Terkini

Agong lawat Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara pagi ini

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dijadualkan berangkat ke Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN)...

Lagi Artikel Berkaitan