26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Tutup aktiviti ekonomi: Jangan main umum sahaja, rakyat perlukan bantuan

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia memerlukan bantuan untuk menempuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dengan selamat secara fizikal dan mental selepas ura-ura kerajaan dijangka menutup hampir kesemua aktiviti ekonomi selepas 4 Februari depan.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu memang menyarankan kerajaan supaya melaksanakan PKP 2.0 yang lebih ketat seperti sebelum ini. 

Menurutnya, rakyat juga faham kerajaan mungkin tiada pilihan atau jika ada beberapa pilihan, mungkin itu diyakini paling berkesan untuk menangani penularan pandemik Covid-19 yang mencanak.

“Tetapi kita minta ia seiring dengan langkah-langkah membantu rakyat untuk mengharungi tempoh-tempoh sukar itu. 

“Jangan tiba-tiba main umum sahaja. Perlu sediakan payung sebelum hujan. Kita tidak mahu pengumuman penutupan ekonomi mengundang ekstra bahaya,” tulisnya dalam catatan Facebook beliau hari ini.

Kerajaan dilapor akan menutup aktiviti ekonomi pada awal Februari.

Isu penutupan aktiviti ekonomi timbul selepas media melaporkan kenyataan Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah – Malaysia (EuroCham Malaysia) yang mendakwa kerajaan dijangka menutup hampir kesemua aktiviti ekonomi selepas 4 Februari depan.

Advertisements

Perkara itu akan dibuat jika PKP 2.0 yang sedang dilaksanakan gagal mengekang penularan Covid-19.

Bagaimanapun selepas ‘dibantai’ teruk, EuroCham Malaysia keluar kenyataan susulan perkara itu cuma perbincangan tidak rasmi EuroCham Malaysia dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). 

Tegas Ahmad Zahid, rasmi atau tidak rasmi, rakyat berasa bimbang kerana kerajaan sudah mempunyai perancangan ke arah itu namun ia masih belum dikuatkuasakan. 

“‘Nawaitu’ (niat) sudah ada, cuma belum akad (dilaksanakan). Rakyat bimbang jika berdasarkan trend terkini jangkitan Covid-19, akad (pelaksanaan) itu ‘possible’ (dikuatkuasakan),” tambahnya.

Mengulas lanjut Ahmad Zahid berkata, jika peningkatan paras kemiskinan pula berlaku, itu bermakna sebahagian rakyat bukan sahaja berdepan ancaman wabak, tetapi juga ancaman hilang segala-galanya selepas Februari 2021.

“Hilang tempat tinggal, kenderaan waima makanan dan minuman untuk seisi keluarga. Ini juga “disaster” yang perlu dielakkan,” tegas beliau.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan