25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Dr Zul, kenapa padam dua perenggan ayat dalam FB? – Najib

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dipersoal kerana memadam dua perenggan ayat berhubung perbincangan beliau dengan Menteri Kewangan mengenai Tabung Haji (TH)

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jika laporan mengenai cadangan kerajaan untuk meminda Akta Tabung Haji berhubung Jaminan Kerajaan adalah palsu kenapa Zulkifli memadam kenyataannya sendiri dalam Facebook?

“Ada yang tuduh posting Ketua Pemuda UMNO yang saya kongsi tadi adalah fake news (berita palsu) atau fitnah. Kami bukan PH. Kami tak main benda macam fake news.

Posting dibuat Menteri Agama PN pada pukul 3:30 petang semalam kata Menteri Kewangan dan Menteri Agama sedang berbincang untuk meminda Akta Tabung Haji berhubung jaminan kerajaan pada TH. (Sejak dari dulu lagi, jaminan kerajaan bagi deposit TH adalah jaminan penuh.)

Hantaran awal Dr Zulkfili Mohamad Al-Bakri yang dipadamkan dan laporan media yang didakwa palsu. – FB Najib Razak

Posting Pemuda (UMNO) yang saran kerajaan untuk jangan pinda akta TH dan jaminan kerajaan pula dibuat pada 9:30 pagi hari ini. Namun Menteri Agama edit posting dia 3 jam dahulu sekitar 4:30 petang tadi untuk padamkan dua perenggan mengenai perbincangan pinda jaminan kerajaan.

“Takkan menulis secara begitu jelas sebegini bukan menunjukkan niat dan hanya sekadar typo (salah taip) sahaja?

Menurut Najib, Zulkifli dalam Facebooknya sebelum dipadamkan secara jelas menyatakan: “Antara yang dibincangkan adalah pelaksanaan model baharu operasi LTH (Tabung Haji), semakan semula ketetapan jaminan Kerajaan dan pindaan Akta 535.

“Ini merupakan inisiatif berterusan Kerajaan di samping Pelan Pemulihan dan Penstrukturan LTH yang sedang dilaksanakan demi menjamin kelestarian LTH untuk jangka masa panjang serta memenuhi hasrat Kerajaan untuk LTH kembali kepada matlamat asal penubuhan.”

Najib yang sejak tidak memegang jawatan tertinggi parti dan kerajaan begitu aktif ‘bermain’ Facebook berkata, posting asal bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu boleh dilihat dalam “view Edit History“.

“Sendiri tulis, kita bantah dan sendiri edit untuk padam tulisan tersebut.
Lalu, ada juga yang tuduh kita buat fake news?

“Jangan tuduh kita buat fake news atau memfitnah sebab kita cuma pertahankan TH dan hak pendeposit supaya jaminan penuh kerajaan pada deposit TH tidak ditukar atau diturunkan,” katanya.

Sebelum ini, Pergerakan Pemuda UMNO menentang keras sebarang usaha kerajaan Perikatan Nasional menyemak semula ketetapan jaminan kerajaan terhadap Tabung Haji (TH).

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini termasuk kemungkinan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) yang bakal menjejaskan wang pendeposit dalam agensi kewangan itu.

Berikutan itu, Zulkifli mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan akan terus mempertahankan jaminan terhadap 9 juta pendeposit tetap Tabung Haji dan apa yang digembar-gemburkan dalam media sosial adalah terpesong daripada kenyataan sebenar.

Beliau berkata, tajuk yang digunakan oleh media terbabit sama sekali tidak menggambarkan pendirian kerajaan. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan