36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Rooney, dulu bintang England kini pengurus Derby County

Mesti Baca

BEKAS pemain terbaik dunia dan juga bintang bola sepak England, Wayne Rooney sah dilantik sebagai pengurus baharu Derby County.

Penjaring gol terbanyak England dan Manchester United, dengan lebih dari 700 penampilan profesional itu menyertai Derby pada Januari tahun lalu dan beraksi bersama kelab itu sebanyak 35 kali.

Pemain berusia 35 tahun itu memikul tugas tersebut dengan perjanjian selama dua setengah tahun sehingga 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Derby County, Stephen Pearce ketika mengesahkan perkara itu berkata, hasil kerjasama kelab dengan Rooney sebelum ini telah menunjukkan perkembangan positif.

Ini terutama ketika The Rampage mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Swansea City, pasukan kedua liga dan kemenangan bergaya ke atas Birmingham City.

“Sejak sembilan perlawanan lalu, kami juga mencatatkan perningkatan drastik segi pertahanan dan mencatat lima clean sheet manakala bahagian serangan juga lebih efektif dan berkesan.

“Oleh sebab itu kami merasakan perlunya kelab terus berkembang di bawah bimbingan Rooney sepanjang separuh lagi perjalanan musim ini,” katanya menerusi laman web rasmi kelab itu, hari ini.

Rooney mengambil alih tugas membimbing Derby akhir November lalu selepas bekas pengurus Phillip Cocu, meninggalkan kelab tersebut.

Bekas penyerang Everton dan Manchester United itu mengawasi sembilan perlawanan secara keseluruhan dengan mencatat tiga kemenangan dan empat seri antara akhir November dan awal Januari.

Sementara itu Rooney berkata, dia memang menerima tawaran lain namun memilih untuk bersama Derby County setelah melihat potensi yang ada pada kelab tersebut.

“Walaupun ada tawaran lain, saya tahu secara naluri Derby County adalah tempat untuk saya,” katanya.

Derby County kini berada di zon penyingkiran liga dengan mencatat empat kemenangan, tujuh kali seri dan tewas sebanyak 11 kali daripada 22 perlawanan setakat ini. – Agensi

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan