25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Rooney kembali warnai bola sepak Inggeris

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

LAGENDA Manchester United, Wayne Rooney kembali mewarnai bola sepak Inggeris selepas dilantik sebagai pengurus kelab Liga Kejohanan EFL, Birmingham City.

Bekas kapten England itu bakal disertai Ashley Cole dan John O’Shea dalam barisan staf kejurulatihannya sementara jurulatih penjaga gol, Maik Taylor dikekalkan.

Rooney dilantikan bagi menggantikan John Eustace yang secara kontroversi dipecat Isnin lalu biarpun menang dalam dua perlawanan terbaharu dan berada di kedudukan keenam liga.

Menurut Rooney, Birmingham mempunyai perancangan yang jelas dan komited dalam merealisasikan cita-cita mereka.

“Saya telah membina karier kejurulatihan, meletakkan diri dalam situasi mencabar bagi memastikan saya bersedia untuk cabaran ini.

Advertisements

“Ia merupakan projek yang memberikan saya keazaman dan tidak sabar untuk memulakannya,” katanya menerusi laman web rasmi kelab.

Rooney meninggalkan kelab Liga Utama Amerika Syarikat (MLS), DC United minggu lalu selepas disebut-sebut sebagai calon utama selaku pengurus baharu Birmingham.

Bekas produk akademi Everton itu sebelum ini berpengalaman mengendalikan kelab bermasalah, Derby County pada musim 2020-21.

The Rams bagaimanapun disingkirkan daripada liga selepas kelab ditolak 21 mata selepas campur tangan pentadbiran dan penyelewengan kewangan di bawah bekas pemilik, Mel Morris. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan