29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Apabila dunia sudah dikuasai aplikasi Tiktok

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

PENGASAS aplikasi Tiktok ialah Zhang Yiming yang kini menjadi lelaki ketujuh terkaya di China dengan nilai kekayaan kira-kira RM142 bilion.

Sehingga Januari 2022, Tiktok mempunyai 1 bilion pengguna di seluruh dunia dengan 138 juta pengguna bulanan di Amerika Syarikat.

Pengguna Tiktok menghabiskan 52 minit sehari dan meluangkan masa lebih 850 minit sebulan.

Presiden Donald Trump sebelum ini mahukan Tiktok disekat di AS selepas pihak berkuasa meningkatkan kebimbangan perkhidmatan media sosial itu didakwa menjadi alat risikan China.

Pelbagai pihak termasuk anggota Kongres turut menyuarakan perkara yang sama dengan mendakwa Tiktok digunakan Beijing untuk tujuan jahat.

Kanada pula mengumumkan larangan penggunaan Tiktok daripada semua peranti mudah alih kerajaan sebagai tanda kebimbangan yang semakin meluas daripada pegawai Barat terhadap aplikasi perkongsian video milik China itu.

Perdana Menteri, Justin Trudeau berkata, ia mungkin langkah pertama untuk tindakan selanjutnya.

“Saya beranggapan apabila kerajaan mengambil langkah penting untuk memberitahu semua penjawat awam yang mereka tidak lagi boleh menggunakan Tiktok pada telefon kerja, ramai orang Kanada dari perniagaan hingga individu persendirian akan memikirkan keselamatan data mereka sendiri dan mungkin membuat pilihan.

“Saya sentiasa suka memberi maklumat kepada rakyat Kanada untuk mereka membuat keputusan yang tepat,” kata Trudeau seperti dilapor media.

United Kingdom juga mengharamkan para pegawainya menggunakan Tiktok sepertimana dilakukan di beberapa negara lain seperti AS, Kanada, Kesatuan Eropah (EU).

Aplikasi ini bagaimanapun tidak digunakan dengan begitu meluas dalam kalangan pegawai kerajaan negara itu, namun kebimbangan yang disuarakan ialah kepentingan China dengan pemiliknya, ByteDance.

Indonesia melarang penggunaan Tiktok sebagai agen penjualan barangan sebaliknya hanya membenarkan aplikasi ini digunakan untuk pengiklanan seperti juga TV, radio, surat khabar dan lain-lain media.

Sehingga April 2023, terdapat 113 juta warga Indonesia menggunakan Tiktok dan telah dinobatkan sebagai negara dengan pengguna Tiktok terbesar di dunia.

Instagram: @harry.digital 
Model: @Sergio_snaps
Photo by Harry Cunningham on Unsplash

Dari sisi perkembangan pemikiran manusia, Tiktok mendorong penciptaan kandungan kerana pengguna dapat menggunakan fungsi Reactions untuk membalas kepada video yang digemari dengan aksi rakaman diri sendiri.

Advertisements

Aplikasi ini boleh mendorong kreativiti dan seni pada diri anak. Pun begitu, dalam masa yang sama ia boleh menyebabkan wujudnya kegelisahan.

Penggunaan Tiktok pada masa kini sangat membantu dalam berkomunikasi dan mendapatkan maklumat bahkan ia juga dijadikan hiburan untuk menghilangkan tekanan dalam kehidupan masyarakat tanpa mengira batas umur.

Walaupun begitu, seseorang itu perlu bijak dalam menggunakannya sama ada diambil dari perkara baik ataupun buruk.

Selain itu, aplikasi ini juga memberi kesan yang positif kerana ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan, meningkatkan kepercayaan diri dan dapat menambahkan kenalan baru.

Namun begitu, jika sebaliknya ia akan menimbulkan kesan negatif dalam kehidupan seharian seperti mampu melemahkan perkembangan mental dan fizikal, mengganggu perkembangan moral remaja dan boleh mendekatkan diri dengan unsur seks atau pornografi.

Aplikasi Tiktok dapat mengubah perilaku seseorang bergantung cara mereka menggunakan aplikasi tersebut.

Justeru, aplikasi Tiktok perlu digunakan untuk kandungan yang terbatas sahaja tanpa memuatkan video yang tidak sepatutnya menjadi tontonan umum.

Aplikasi ini perlu digunakan sebaiknya iaitu mendapat penjagaan dan pengawasan daripada masyarakat persekitaran khususnya ibubapa supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini dalam kehidupan sosial anak-anak.

Sebagai seorang muslim, sudah semestinya perlu berpegang dengan syariat Islam dan tidak terpengaruh dengan trend-trend luar yang merosakkan pemikiran diri dan orang sekeliling.

Kesimpulannya, Tiktok ialah sebuah alat yang boleh digunakan untuk kebaikan dan juga untuk kejahatan.

Kalau ianya dianggap sebagai jaringan pengintipan, apa kurangnya Amerika dengan CIA, dan Rusia dengan KGB.

Jangan sampai kita lalai dengan Tiktok sehingga terabai tanggungjawab kita sebagai suri rumah tangga, sebagai bapa yang menyara keluarga, sebagai pemimpin yang menguruskan urusan rakyat.

Juga yang utama sekali jangan lupa kita sebagai hamba Allah yang mempunyai berbagai komitmen bagi mencari bekal ke akhirat nanti.

Jangan sampai dapur tidak berasap, baju tidak dibasuh, kain tidak dilipat, jiran tidak disapa, makanan tidak disediakan, tugas harian tidak dilakukan (pegawai Kerajaan dan swasta), dan jangan sampai lupa solat lima waktu.

Semoga kita tidak dilalaikan dengan gadget-gadget ciptaan manusia sehingga melupakan segala-galanya.


Penulis adalah mantan Profesor Madya di Universiti Sains Islam Malaysia dan aktfi dalam penulisan.
Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan