28.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

TikTok sedang dapatkan permit e-dagang Indonesia

Mesti Baca

APLIKASI video pendek, TikTok sedang dalam proses mendapatkan permit e-dagang daripada kerajaan Indonesia, lapor agensi berita Antara, memetik Timbalan Menteri Perdagangan, Jerry Sambuaga pada Selasa.

Pada September lalu, Indonesia melarang transaksi e-dagang di media sosial dan ia satu tamparan hebat bagi TikTok, yang sebelum itu berjanji untuk melabur berbilion dolar di Asia Tenggara, termasuk Indonesia iaitu ekonomi terbesar di rantau berkenaan.

“Dulu, mereka (TikTok) tidak patuh, tiada permit. Sekarang mereka menguruskan mengenainya,” kata Jerry.

Beliau berkata, kerjasama dengan firma tempatan boleh dilakukan dengan syarat ia mengikut peraturan.

TikTok, yang dimiliki ByteDance China, mempunyai 125 juta pengguna bulanan aktif di Indonesia yang mempunyai lebih 270 juta penduduk.

Ia berusaha untuk menterjemah pangkalan pengguna yang besar di negara itu kepada sumber hasil e-dagang utama.

Advertisements

TikTok bagaimanapun tidak segera menjawab mengenai kenyataan Jerry itu.

Reuters pada awal bulan ini melaporkan, TikTok sedang berbincang mengenai kemungkinan untuk bekerjasama dengan beberapa syarikat e-dagang Indonesia, termasuk unit e-dagang GoTo Tokopedia, Bukalapak.com dan Blibli.

Pada September lalu, Kementerian Perdagangan menggubal peraturan melarang wadah media sosial termasuk TikTok ByteDance, daripada melakukan urus niaga dalam talian.

Langkah berkenaan dibuat berikutan aduan meluas daripada penjual luar talian, terutama mereka yang mempunyai kedai di seluruh pasaran tradisional bahawa pendapatan mereka menjunam kerana capaian wadah media sosial yang semakin meningkat.

Indonesia mengharamkan urus niaga barangan di wadah media sosial seperti TikTok Shop dalam usaha untuk melindungi peniaga kecil daripada persaingan e-dagang dan menuduh mereka mengenakan harga pemangsa. -Agensi

Advertisements

Terkini

PRK KKB: 97 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab

SEBANYAK 97 peratus daripada 769 pengundi awal terdiri daripada anggota polis dan tentera serta pasangan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada...

Lagi Artikel Berkaitan